Terkini | New

Huitm Malaysia 2026 Himpun Pemain Industri Global Dan Bakal Berlansung Ke Enam Negara Lain Bagi Memperkuatkan Pelancongan Islam Dunia

Huitm Malaysia 2026 Himpun Pemain Industri Global Dan Bakal Berlansung Ke Enam Negara Lain Bagi Memperkuatkan Pelancongan Islam Dunia.



​Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dengan kerjasama ASEAN Federation of Umrah & Haj (AFUH) melancarkan perasmian bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Umrah & Pelancongan 2026 (HUITM Malaysia 2026) yang berlansung dengan meriahnya pada 18 Jun 2026 bertempat di Hotel InterContinental Kuala Lumpur.



Pameran Antarabangsa Umrah & Pelancongan 2026 (HUITM Malaysia 2026) telah dirasmikan oleh YB Senator Marhamah Rosli, Timbalan Menteri Agama Malaysia.




HUITM Malaysia 2026 diiktiraf sebagai platform antarabangsa utama yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk agensi pelancongan, pengendali umrah dan haji, sektor hospitaliti, serta syarikat penerbangan dari dalam dan luar negara



Pameran ini bertujuan untuk memacu semula ekosistem pelancongan Islam global selain memperkenalkan inovasi terbaharu dalam pengurusan jemaah dan pelancong Muslim.






Pameran tahun ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada pasaran tradisional umrah dan haji, malah memperluaskan ruang kolaborasi dalam sektor Muslim-Friendly Tourism (MFT) yang kian berkembang pesat di rantau ASEAN dan global.


"Huitm bakal diadakan di 6 negara dan ucapan terima kasih kepada Le Meridien, Makkah Tower dan lain-lain yang menyokong hasrat kami serta deligasi Usbekistan, Arab Saudi, Indonesia, Kazakstan dan lain-lain yang hadir. Kami agak berbangga bermula dari Malaysia akan terus ke 6 negara," Ujar Dato’ Dr. Mohd Khalid Harun, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA)





Pameran ini telah di jayakan bersama Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) ASEAN Federation of Umrah & Haj (AFUH), Tourism Committee of the Republic of Uzbekistan dan ramai lagi.




Turut serta pelbagai agensi pelancongan, hotel, pameran, slot gerai jualan memeriahkan lagi Pameran Antarabangsa Umrah & Pelancongan 2026 (HUITM Malaysia 2026) kali ini.



Untuk maklumat lanjut sila hubungi menghubungi sekretariat penganjur menerusi saluran rasmi MATA. https://www.mata.travel/


Mengenai Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA):

MATA merupakan badan induk yang memperjuangkan industri pelancongan tempatan dan antarabangsa, membantu ahli-ahlinya membina rangkaian strategik serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia.

Mengenai ASEAN Federation of Umrah & Haj (AFUH):

AFUH adalah gabungan serantau yang memfokuskan kepada penyelarasan, peningkatan kualiti perkhidmatan, dan kebajikan jemaah umrah serta haji di seluruh rantau ASEAN.