Samsung Membuka Langkah Aksi untuk Filem Spider-Man™: Brand New Day Terbitan Sony Pictures
Samsung Membuka Langkah Aksi untuk Filem Spider-Man™: Brand New Day Terbitan Sony Pictures
Perhatikan kemunculan Spider-Man sepanjang musim panas ini dengan Spidey Tracker Dikembangkan oleh Samsung Galaxy
Peranti boleh lipat siri Samsung Galaxy Z dan Galaxy Watch bakal dipaparkan dalam filem Spider-Man: Brand New Day terbitan Sony Pictures, secara eksklusif di pawagam pada 31 Julai.

Bermula esok, Samsung menjemput para peminat untuk melangkah ke dalam dunia Spider-Man: Brand New Day menerusi pelancaran Spidey Tracker, sebuah pengalaman interaktif yang dikuasakan oleh Samsung Galaxy. Dibangunkan di dalam filem tersebut oleh Ned Leeds, (watak yang dilakonkan oleh Jacob Batalon) menggunakan peranti Samsung Galaxy untuk menjejak keberadaan Spider-Man, penjejak tersebut kini dihidupkan sebagai sebuah laman web khas untuk para peminat.
Direka untuk memperluaskan naratif melangkaui filem, pengalaman ini merapatkan dunia Spider-Man: Brand New Day dengan detik-detik kempen dunia sebenar yang merangkumi penampilan serta temubual barisan pelakon, menonjolkan aktivasi langsung, pelancaran kandungan, easter eggs tersembunyi, dan penemuan yang dihantar oleh peminat. Peminat boleh menyertai kempen interaktif ini, mengikuti penemuan Spider-Man dan terlibat dengan jalan cerita dalam masa nyata, sambil berhubung dengan pengalaman komuniti yang dikongsi bersama di SpideyTracker.com dan di X @SpideyTracker. Spidey Tracker ini tersedia di 35 buah negara di seluruh dunia.
Spidey Tracker yang dikuasakan oleh Samsung Galaxy seperti yang dilihat dalam filem Spider-Man: Brand New Day yang akan datang. © & ™ 2026 MARVEL. ©2026 CPII & TSG
Teknologi Galaxy dalam Aksi
Melalui penceritaan yang bersepadu, penonton wayang akan dapat melihat kebolehalihan Galaxy Z Flip dipamerkan sepenuhnya di tangan Spider-Man dan kelebihan pelbagai tugas (multitasking) Galaxy Z Fold serta Galaxy Watch ketika Ned Leeds cuba mengesan Spider-Man yang sukar ditemui.
Mencerminkan realiti bahawa hubungan paling rapat kita sekalipun boleh berkembang apabila kehidupan membawa kita ke arah yang baharu, Samsung menonjolkan bagaimana teknologinya membantu manusia untuk kekal dekat dengan mereka yang paling bermakna. Ia meraikan kepentingan hubungan sesama manusia dan ekspresi diri, menyatukan etos Samsung dengan watak-watak yang memberi inspirasi serta kisah-kisah abadi yang menjadikan Spider-Man salah seorang wira paling ikonik di dunia.
"Spider-Man sentiasa menjadi seorang wira yang ditakrifkan oleh hubungannya dengan komunitinya. Bekerjasama dengan Samsung membantu menghidupkan semangat itu baik di skrin mahupun melampauinya, menyepadukan teknologi yang digunakan manusia setiap hari ke dalam dunia Spider-Man di samping membawakan cara baharu yang inovatif dan menyeronokkan untuk peminat terlibat melalui Spidey Tracker," kata Jeffrey Godsick, Naib Presiden Eksekutif, Perkongsian Global, Sony Pictures Entertainment.
Bakal didedahkan secara dalam talian dan di ruang dunia sebenar sepanjang musim panas ini, saksikan Spidey muncul di dalam peta, di acara-acara langsung dan lokasi, video-video pencipta kandungan popular, dan mungkin juga di Samsung Experience Store — pastikan mata anda sentiasa memerhati!
Ketahui lebih lanjut mengenai inovasi Galaxy terbaharu dan jangan lepaskan peluang menyaksikan filem Spider-Man: Brand New Day terbitan Sony Pictures secara eksklusif di pawagam pada 31 Julai.