Terkini | New

KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2018.

KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2018.

Acara sukan berprestij dan bertaraf antarabangsa 
KL Tower International Jump Malaysia 
merupakan acara Menara Kuala Lumpur yang sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun, menemui peminat sukan ekstrem mulai 28 September hingga 1 Oktober 2018. 

lanya bermula pada jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang (terjunan siang) dan 8.00 malam hingga 10.00 malam (terjunan malam), bertempat di Sky Deck yang berketinggian 300 meter.




Pada mulanya, acara ini diperkenalkan bersempena dengan sambutan ulang tahun Menara Kuala Lumpur yang ke-3 pada 3 Oktober 1999 yang lalu. 

Kemudian la telah disenaraikan di dalam Malaysia Book Of Records sebagal acara terjunan BASE yang pertama di Malaysia, platform terjunan BASE tertinggl di Malaysia, acara terjunan BASE menggunakan tali pertama di Malaysia dan acara terjunan BASE yang paling ramai penyertaan di Malaysia.





Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan untuk menawarkan kepada para penerjun BASE untuk melakukan terjunan dari Menara Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga dapat meletakkan Malaysia didalam peta pelancongan antarabangsa sebagal destinasi terbaik untuk aktiviti sukan pelancongan


Acara ini selaras dengan aspirasi Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi wajib dilawati untuk aktiviti-aktiviti Kebudayaan (Culture), Aktiviti Lasalk (Adventure) dan Alam Semulajadi (Nature)," kata YBhg. Datuk Rozlan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur 







"Istimewa tahun ini, keseronokan diteruskan lagi dengan aktiviti tambahan yang akan dilakukan oleh penerjun seperti demonstrasi Accuracy Jump' terjun dengan pelbagai pakaian yang menarik dan unik dan sebagainya. Sementara itu, pengunjung juga akan ditawarkan dengan pengalaman terjunan beg (Bag Jump) iaitu terjunan bebas dengan kusyen udara, dan ianya diadakan dengan kerjasama diantara Menara Kuala Lumpur bersama Yayasan Patriot Negara. Selain itu, terdapat juga aktiviti pameran oleh rakan acara seperti BOMBA, Angkatan Tentera Malaysia, Unifi dan lain-lain lagi.









Tahun ini, seramai 140 orang penerjun antarabangsa dari 20 buah negara akan turut serta. Seperti tahun-tahun sebelum ini, penerjun rata-ratanya datang dari negara USA, Kanada, Austria, Czech, Ireland, England, Holland, Prancis, Australia, Estonia, Mexico, Belgium, Luxembourg, Portugal, Switzerland, Brazil, Greeze, Finland Denmark, Jepun dan Malaysia.



Menara Kuala Lumpur sekali lagi menawarkan pakej khas 'Sitting On The Edge' Pengunjung akan dapat menyaksikan secara dekat aksi terjunan dari tebing Sky Deck pada waktu siang ataupun malam. 



Ini merupakan satu-satunya peluang sepanjang tahun apabila pelawat dibenarkan duduk di tebing Sky Deck dan melihat sendiri saat-saat menggerunkan penerjun membebaskan diri mereka di awanan dan jangan lupa mengabadikan memori dengan pemandangan indah siang atau malam Bandaraya Kuala Lumpur pada ketinggian 300 meter di atas paras tanah.






Menara Kuala Lumpur juga telah bekerjasama dengan Sibu International BASE Jump 2018' untuk menyerlahkan acara tejunan BASE di Malaysia. lanya telah diadakan pada 20 hingga 23 September 2018 di Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak. 







Acara KLTIJM tahun ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Unifi, Starbucks, AirRider Kuala Lumpur, 3Horses, i-Mizu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Yayasan Patriot Negara Malaysia (PATRIOT) Oasia Suites Kuala Lumpur, Ixora Sports dan Aerodyne.





Nikmati harga serendah RM128.00 
bagi pemegang MyKad dan RM178.00 tanpa MyKad.

Harga tiket tersebut adalah termasuk Sitting On The Edge' 300 meter dari aras bumi, tiket ke Pelantar Pemandangan dan Sky Box, cenderahati eksklusif dari Menara Kuala Lumpur, cenderahati gambar 6R dan T-Shirt Base Jump edisi terhad.

Untuk matlumat lanjut: