Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun Tawar Nilai Terbaik untuk Rakyat Malaysia dengan Promosi ‘Lagi Murah, Lagi Cepat’
Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun Tawar Nilai Terbaik untuk Rakyat Malaysia dengan Promosi ‘Lagi Murah, Lagi Cepat’

Bersedia untuk pengalaman membeli-belah yang luar biasa dengan Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun, kini berlangsung hingga 9 Julai. Nikmati harga Lagi Murah, penghantaran Lagi Cepat dan tawaran Shopee Live paling menarik tahun ini, semuanya di aplikasi Shopee.
Mak Kiah Ferry kembali sebagai ‘Murah Polis’ Shopee dengan siri sketsa 3 episod yang penuh lawak dan gaya tersendiri. Dalam siri ini, Mak Kiah Ferry akan berkongsi tip membeli-belah dan sekali lagi membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang bijak memang suka membeli belah dengan Lagi Murah, Lagi Cepat. Tapi, beliau bukan bersendirian. Saksikan Mek Yun, Chazy Nash, Yana Samsuddin, Wan Chai serta ratusan lagi influencer popular tempatan turut berkongsi penemuan terbaik mereka sepanjang 7.7 Jualan Tengah Tahun.
Nikmati tawaran-tawaran hebat di bawah ini:
50% Diskaun Harian dengan Shopee Lagi Murah Jimat sehingga 50% setiap hari untuk barangan keperluan rumah, produk penjagaan diri, barangan dapur dan banyak lagi. Cari tag “Lagi Murah” untuk menikmati tawaran paling berbaloi. Antara promosi yang paling berbaloi adalah:
Maggi Hot Cup Curry 58g x 6s (x2)
Harga asal: RM28.00 | Harga Shopee: RM14.00
Tambah ke troli
NESTLE MILO 3in1 Activ-Go Mixes (33g x 26's)
Harga asal: RM27.90 | Harga Shopee: RM13.95
Tambah ke troli
Vinda Deluxe Smooth Feel Toilet Tissue 3 Ply (27 Rolls)
Harga asal: RM65.60 | Harga Shopee: RM43.56
Jaminan Penghantaran Hari Esok dengan Shopee Lagi Cepat Kini, tak perlu menunggu lama-lama untuk menerima bungkusan. Dengan Jaminan Penghantaran Hari Esok Shopee, pesanan yang dibuat dan dibayar sebelum jam 12 tengah hari akan sampai seawal hari bekerja berikutnya. Cari tag “Lagi Cepat” untuk penghantaran pantas!
Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum
Shopee menawarkan baucar Penghantaran Percuma ke seluruh negara tanpa jumlah belanja minimum. Untuk mereka yang mahukan pilihan penghantaran yang lebih fleksibel, baucar ini turut sah digunakan bagi pesanan melalui program Pengambilan Sendiri.
Hiburan Tanpa Henti dan Promosi Eksklusif di Shopee Live Mulai 1 Julai, tonton dua siri eksklusif iQIYI, Senyawa dan Satu Hari Nanti, setiap malam jam 9 malam di Shopee Live. Episod baharu akan ditayangkan setiap malam sehingga episod akhir, jadi jangan terlepas.
Sementara tunggu, sertai sesi siaran langsung bersama penjual dan pencipta kandungan yang akan mempamerkan demo produk, tawaran Lagi Murah, dan baucar eksklusif semasa 8PM Waktu Shopee Live. Dan juga, yang paling dinantikan, tawaran 12AM Malam Mania Mega pada 7 Julai jam 12 tengah malam dengan pelbagai promosi mengejut menanti.
Diskaun Hingga 50% dengan YouTube Shopping
Selain diskaun harian Lagi Murah, dapatkan diskaun tambahan sehingga 50% dengan perbelanjaan minimum RM50 apabila membeli barangan menerusi YouTube Shopping. Sama ada barangan kecantikan, gajet atau dekorasi rumah, tengok, beli dan jimat dengan YouTube Shopping.
Tekan & Menang Motosikal Setiap Hari
Mulai 1 hingga 7 Julai, Shopee akan menghadiahkan sebuah motosikal baru setiap hari menerusi permainan Tekan & Menang. Pengguna hanya perlu menyertai permainan harian ini dan membuat sebarang pembelian pada hari yang sama untuk melayakkan diri. Lebih banyak pesanan dilakukan, lebih tinggi peluang untuk memenangi motosikal.
Semua Yang Anda Perlukan, Kini Lagi Murah dan Lagi Cepat
Daripada tayangan perdana siri iQIYI setiap hari, peluang menang motosikal, diskaun tambahan melalui YouTube Shopping, baucar Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, Jaminan Penghantaran Hari Esok hingga tawaran 50% Diskaun Harian, Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun memang tak boleh dilepaskan. Lawati shopee.com.my/m/7-7 atau buka aplikasi Shopee sekarang untuk mula membeli-belah dengan Lagi Murah, Lagi Cepat sebelum promosi tamat.