Recent comments

Terbaru

Pakej Perkahwinan Eksklusif Bersama Katering Enak Rasa dan Hype Motorsport Hotel

KATERING ENAK RASA DAN HYPE MOTORSPORTS HOTEL LANCARKAN PAKEJ EKSKLUSIF KUALA LUMPUR.

Kali ini kami berkesempatam untuk merasai sendiri masakan daripada katering Enak Rasa dan kerjasama Hype Motorsport Hotel.

Hype Motorsport Hotel merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang mempunyai tiga buah dewan yg serba cantik dan mewah. kedudukannya yang begitu strategik juga, membuatkan hotel ini sangat sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan dan majlis-majils korporat mahupun majlis tertutup.







 Kawasan tempat letak kereta hampir 500 kenderaan dan dewan yang dapat menampung hampir 500 tetamu pada satu-satu masa. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem audio visual dan sistem projector. 

Katering Enak Rasa melancarkan satu pakej perkahwinan yang sangat istimewa. Pakej Ekslusif ini bernilai RM29000 sahaja. Pakej berkonsepkan pakej eksklusif  ini, merupakan pakej elegant yang disediakan buat mereka yang inginkan majlis di hotel dengan harga yg sangat minimum. 



Bersempena dengan perasmian ini, lima pelanggan terawal akan menikmati penjimatan sehingga RM4000. Pakej ini, bukan sahaja menyediakan tempat yang serba indah lagi elegan, bahkan merangkumi penyediaan katering, perkhidmatan butik pengantin dan fotografi. Lebih istimewa lagi, setiap pelanggan yang menempah dalam masa promosi ini, layak untuk menyertai cabutan bertuah pakej bulan madu di pusat-pusat peranginan yang terdapat di Malaysia dan luar negara. 

Enak Rasa pula memperkenalkan menu istimewa yang dicipta khusus untuk majlis pelancaran ini, Basmathi Beriyani dan Nasi liwet. Selain menu makanan Malaysia, Enak Rasa juga mengetengahkan menu masakan Sunda sebagai sedikit kelainan kepada pelanggan. 








Pelanggan boleh memilih beberapa pilihan menu untuk disajikan pada majlis bersejarah dan antara menu lain yang disediakan, ayam masak merah serai, daging dendeng, acar buah, dalca sayur dan pelbagai lagi. 














Dengan berbekalkan pengalaman selama 11 tahun dalam bidang penyediaan makanaan, Enak Rasa menjanjikan kualiti yang terbaik buat semua pelanggan. 

Enak rasa juga, menyediakan pelbagai pilihan dewan yang lain bagi menjalankan majlis walimah. Antaranya, Dewan Perkahwinan Marina Putrajaya, Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2, Dewan Perkahwinan Grand Ballroom Flamingo Ampang, Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa, Colosseum Glenmarie, Dewan perkahwinan Banquet UIAM Gombak, Rumah Tradisional Frim, Cassa Detik Ampang, Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi, Emerald Ballroom Selayang, Dewan Azalea Seksyen 14 Shah Alam, Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam dan Dewan MZ Bangi.






Selain itu, Enak Rasa juga turut berhubungan baik dengan dewan yang boleh ditempah sendiri oleh para pelanggang seperti dewan-dewan komuniti DBKL, dewan UKM, dewan di bawah Perbadanan Putrajaya, Wisma Sejarah Kuala Lumpur dan pelbagai lagi dewan sekitar Lembah Klang. Semoga dengan adanya pakej  ini, lebih ramai bakal pengantin dapat merealisasikan impian untuk melaksanakan majlis walimatururus di dewan yang serba elegan dan eksklusif. 

Jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan pakej yang menarik ini, kerana ia akan berakhir pada 31 Disember 2018. 







Untuk maklumat lanjut, 
boleh menghubungi pegawai bertugas kami, 

Cik Nurul Afni 0122374867 
Tuan Haji Aidil 0162580734 
Puan Hajjah Salmi 0102250734 
Mohd Rusdi 01135579805  

Laman sosial mereka di:m
IG : enak_rasa



No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)