Terkini | New

VIDEO MUZIK RASMI LAGU TEMA GOL & GINCU VOL 2

SAKSIKAN VIDEO MUZIK RASMI LAGU TEMA GOL & GINCU VOL. 2.

Pelancaran 2 lagu yang akan menghangatkan suasana kebangkitan girl power yang dapat dirasakan melalui lagu tema filem ’Gol & Gincu Vol. 2’ ’Shout It Out’ nyanyian Kaka Azraff dan 'Hari-Hari' nyanyian Aizat Amdan.



Suasana hangat kebangkitan girl power sudah dapat dirasakan semenjak lagu tema filem Gol & Gincu Vol. 2' Shout It Out' nyanyian Kaka Azraff dan Hari-Hariku nyanyian Aizat Amdan yang dilancarkan pada 7 September lalu. 

Peminat francais filem 'Gol & Gincu dan pendengar muzik tanahair kini semakin teruja menantikan revolusi pemerkasaan belia dan wanita yang bakal digambarkan dalam filem Gol & Gincu Vol. 2' itu nanti.



Bagi merancakkan lagi momentum menjelang tayangan perdana Gol & Gincu Vol. 2' pada bulan Oktober nanti, video muzik rasmi dan video muzik karaoke rasmi 'Shout It Out' dan 'Hari-Hariku' pula bakal dipersembahkan kepada peminat pada 20 September 2018 menerusi saluran Youtube Warner Music Malaysia.

Video muzik rasmi Shout It Out' merupakan arahan Shamyl Othman dan Wilson Thong Tien Wei telah menjalani penggambaran di Pusat Rakan Muda Kompleks Arena PJ, Selangor pada Ogos lalu. Video muzik ini turut menampilkan aksi pemain futsal kebangsaan Intan Sarah Anisah Zulgafli di gelanggang Intan Sarah atau lebih dikenali sebagai Intan Serah turut berlakon dalam 'Gol & Gincu Vol. 2 membawakan watak Fifi.


Manakala video muzik rasmi 'Hari-Hariku' pula diarahkan oleh Shamyl Othman bersama Annabel Michael, anak muda berbakat yang membawakan watak Shanti dalam 'Gol & Gincu Vol. 2'. Annabel bukan sahaja boleh mengarah dan berlakon, malah dia juga ditampilkan sebagai penyanyi jemputan bersama Intan Serah dalam lagu 'Hari-Hariku' ini. Video muzik ini menjalani penggambaran di Taman Metropolitan Kepong menampilkan barisan pelakon baru 'Gol & Gincu Vol. 2' yang membawakan watak Fifi, Shanti, Gadang, Gangster dan Hanis.



Kedua-dua video muzik rasmi ini diterbitkan oleh Red Films iaitu penerbit filem 'Gol & Gincu Vol. 2'. Filem arahan Umi Salwana Omar ini diterajui oleh Diana Danielle dan Ummi Nazeera sebagai pelakon utama, dan turut menampilkan semula dua pelakon asal filem pertama iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani. Filem ini bakal menemui penonton dan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Oktober 2018. Manakala video muzik karaoke rasmi pula eksklusif ditayangkan di Redbox Malaysia. 





Hari-Hariku' merupakan single terbitan dan edaran Warner Music Malasia manakala 'Shout It Out merupakan single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia dengan kerjasama Red Films. 




Dengarkan 'Hari-Hariku' dan 'Shout It Out' di pelantar digital kegemaran anda seperti Spotify, ITunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula  SEPTEMBER 2018. 

Manakala video muzik rasmi untuk kedua-dua lagu ini boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 20 SEPTEMBER 2018


#golgincu2 #Redbox #Refboxplus #Redfilms #WarnerMusicMalaysia #Greenbox