Terkini | New

Pelancaran Motosikal Ev & Karnival Ev Rider Malaysia 2025 Ggr Motor (M) Sdn Bhd

Pelancaran Motosikal Ev & Karnival Ev Rider Malaysia 2025 Ggr Motor (M) Sdn Bhd


GGR Motor hari ini melakar sejarah baharu dalam industri automotif negara apabila melancarkan motosikal elektrik pertama keluarannya, Lion G1, pada harga subsidi mampu milik RM1,599 menerusi program MARiiCas.

Majlis pelancaran bersejarah ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, di Saloma KLCC. Turut hadir Pengerusi GGR Motor, Tengku Syarif Temenggong Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail, dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA), Dato’ Zulfikri Osman.


Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussaddiq Mohamed Azmi, berkata visi syarikat kami di GGR Motor dengan satu wawasan jelas iaitu Satu Rumah, Satu EV. Ini bukan hanya slogan, tetapi aspirasi kami untuk memastikan setiap isi rumah di Malaysia memiliki pilihan mobiliti yang mampu milik, jimat dan berkualiti tinggi. Kami percaya mobiliti mesra alam ini boleh dicapai oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira latar belakang sama ada anda tinggal di kampung, bandar, flat PPR atau FELDA.



Model Lion G1 yang dilancarkan didatangkan dengan motor berkuasa 3,000 watt, jarak perjalanan sehingga 120 kilometer bagi setiap cas penuh, pengecasan pantas 50 peratus dalam 1 jam 30 minit, serta jaminan waranti menyeluruh sehingga 50,000 kilometer. Ia ditawarkan pada harga asas RM3,999, namun pengguna hanya perlu membayar RM1,599 selepas subsidi MARiiCas. Sehingga kini, sebanyak 3,000 unit telah terjual sejak pra-pelancaran, dengan penyerahan pertama sebanyak 1,000 unit dijadualkan bermula hujung Julai ini.



Pada hari yang sama GGR Motor turut menganjurkan Karnival EV Rider Malaysia 2025, iaitu sebuah acara nasional yang menghimpunkan pemain industri, pengguna, agensi kerajaan dan komuniti EV dari dalam dan luar negara.

Karnival yang bermula seawal jam 8 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran artis tempatan antaranya Ajak shiro, Nabil Ahmad, Johan, Cat Farish, Amer Masdi, Ronnie Hussein, Black Hanifah, Bella Astillah, Akhmal Nazri, Farid Kamil Aaron Aziz dan usahawan terkenal Dato’ Seri, Aliff Shukri.



Selain itu di tapak karnival Lanai Matic, pelbagai acara menarik diadakan antaranya persembahan band indie termasuklah Jemson, The Woohoo, Iqbal serta gabungan DJ tempatan dan antarabangsa antaranya Iksan Skuter (Indonesia), DJ Teera (Thailand) dan DJ Alip Mazlan (Malaysia).

Jelas, Mussaddiq orang ramai turut berpeluang memiliki motosikal EV GGR dengan menyertai cabutan bertuah menerusi pembelian t-shirt GGR bernilai RM40. Inisiatif ini dijalankan bersama Perniagaan Mazlan & Hashimah (PMH Motor) Sdn Bhd selaku “Rakan Strategik Ekslusif” dan pengedar utama bagi produk EV GGR Motor dengan sokongan pelbagai rakan industri termasuk BATERIKU. Acara ini dijangka menjadi pemacu kepada mobiliti hijau negara dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab permotoran EV serantau.

GGR Motor turut menjalin kerjasama dengan MARA bagi memperluaskan peluang ekonomi melalui pelantikan usahawan MARA sebagai pengedar EV di seluruh negara, selain menyediakan latihan teknikal TVET serta pembangunan tenaga mahir tempatan.

Penubuhan pusat latihan kemahiran TVET bersama PMH Motor dan kolaborasi bersama IKM Beseri, UNIKL MFI dan institusi pendidikan MARA bertujuan menyediakan latihan SKM Tahap 3 dalam bidang teknologi EV termasuk pemasangan, penyelenggaraan dan jualan motosikal EV.

Dalam aspek perkhidmatan selepas jualan, GGR Motor dan PMH MOTOR juga turut menjalin kerjasama strategik bersama PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn. Bhd. (PLMM) bagi menubuhkan bengkel rasmi PETRONAS MotoExpert dan produk PETRONAS iona akan diguna pakai sebagai salah satu keunikan di cawangan PETRONAS MotoExpert GGR MOTOR serta PMH MOTOR di seluruh negara. Manakala BATERIKU berperanan dalam menyelaras penyelenggaraan dan sokongan teknikal di seluruh negara.

Selain itu, syarikat antarabangsa turut berkolaborasi dengan GGR iaitu pengilang Varchea Votol China, Votol Thailand serta FJN China dan Vectrix. Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), GGR menyumbangkan lima motosikal EV kepada masjid dan surau sekitar Kuala Lumpur bersempena sambutan Awal Muharram, dengan penyelenggaraan percuma seumur hidup sebagai wakaf teknologi daripada GGR kepada masyarakat.

“Majlis hari ini bukan sekadar pelancaran motosikal, tetapi satu permulaan kepada legasi. Permulaan kepada perubahan dan masa depan yang kita cipta bersama. Jelasnya lagi, matlamat GGR sebenarnya mahu menyumbang kepada masyarakat seluruh negara, justeru ini adalah sebagai permulaan. Kami nak semua rakyat Malaysia berpeluang memiliki motosikal EV dengan kadar harga yang berpatutan dan berbaloi,”ujarnya.

Menerusi pelancaran ini, GGR Motor mengorak langkah sebagai pengeluar motosikal EV milik penuh usahawan Bumiputera pertama di Malaysia, sekali gus memperkukuh aspirasi negara dalam agenda mobiliti mampan dan teknologi hijau.