Recent comments

Terbaru

14 Karya Seni Menarik di Art In The City


PELANCARAN RASMI ART IN THE CITY Membawa Seni Tempatan Kepada Rakyat . 

CENDANA, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan 12 rakan kongsi lain telah bekerjasama untuk menampilkan karya seni tempatan kepada khalayak ramai dengan mempamerkan dan mempromosikan hasil karya artis-artis tempatan sambil membuktikan betapa pentingnya seni dalam penentuan identiti negara kita.



*Art InThe City adalah kempen yang dijalankan selama 6 bulan bagi mempamerkan 14 karya seni dari 13 pelukis ulung dan juga akar umbi untuk meletakkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang dikenali sebagal bandar budaya dan kreatif. 

*Antara kegiatan strategik yang akan dijalankan bersempena kempen ini termasuklah lukisan mural, persembahan tradisional, forum seni visual untuk penggiat seni tempatan, bengkel seni di pejabat korporat, dan pameran seni visual dengan kadar harga berpatutan. Aktiviti-aktivitl ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap dunia seni dan budaya tempatan.

Dalam usahasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), CENDANA (Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan) secara rasminya melancarkan Art In The City sebuah pameran visual seni secara paparan luaran yang menakjubkan di sekitar Kuala Lumpur. 




Art in The City bertujuan untuk mempromosikan komuniti seni tempatan dalam mengekspresikan dan mempamerkan bakat mereka, sambil menjadikan seni lebih mudah diakses oleh masyarakat. Kempen ini menampilkan 14 karya seni dari pelukis ulung tanah air dan juga akar umbi dimana karya mereka akan dipamerkan dengan jelas di lokasi strategik di sekitar Kuala Lumpur.





Art in the City direka untuk meningkatkan kesedaran tentang kesenian dan kebudayaan tempatan bagi menggalakkan rakyat Malaysia melawat galeri seni dan muzium di sekitar Kuala Lumpur. Kempen ini berusaha untuk memastikan Kuala Lumpur dikenali sebagai hub budaya dan kreatif yang giat membangun. 


Selain itu, Art in the City juga menampilkan pelbagai aktiviti yang dapat dinikmati oleh rakyat tempatan termasuk lukisan mural, persembahan kebudayaan bulanan secara percuma dengan kerjasama PUSAKA, program mentor serantau dengan OUR ArtProjects, forum seni visual dengan RogueArt, bengkel seni di pejabat korporat, dan pameran seni visual dengan kadar harga berpatutan yang dipanggil SHIFT. 


Art in The City berhasrat untuk mengubah landskap bandaraya Kuala Lumpur dengan penampilan karya seni di sekitar kota, menjanjikan sebuah pengalaman visual seni yang tidak dapat dilupakan, terutama bagi pencinta seni.














Art In The City telah dilancarkan secara rasminya oleh Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan, dimana beliau menunjukkan sokongan padu untuk perkembangan seni setempat dan mengakui bahawa ramai anak seni kita yang berbakat namun berhadapan dengan sokongan dan bantuan yang tidak menonjolkan memadai demi potensi mereka. 

Y.B. Khalid Abd Samad berkata dengan penduduk seramai 1.76 juta, Kuala Lumpur berfungsi sebagai kanvas yang luas untuk penggiat seni visual mencapai impian yang melampaui sempadan dimana karya mereka dapat menarik perhatian orang ramai, sama ada di peringkat negeri, daerah, ataupun di pentas pameran antarabangsa.



"Saya teruja dengan kreativiti dan semangat semua pihak yang telah menjayakan Art In The City dimana kerjasama ini menghasilkan platform kepada artis tempatan kami untuk mempamerkan dan memperkenalkan bakat mereka ke dunia luar. Seni dan budaya memainkan peranan sebagai akar umbi dalam pembangunan sesuatu bandaraya dalam melahirkan identitinya yang tersendiri. 

Kejayaan sesebuah bandar bergantung kepada penghuninya dan idea yang dikongsi. Oleh itu, kerjasama bersama CENDANA untuk membangunkan Kuala Lumpur dengan Art in The City bukan sahaja dialu-alukan, maka saya juga turut gembira dengan hasil usahasama ini yang dapat melindungi hasil seni tempatan lalu menyediakan ruang penerokaan bagi anak-anak seni kita,"kata YB Khalid Abd Samad.





Sebagai organisasi kesenian awam yang menitikberatkan seni, Art In The City memainkan peranan dalam membangunkan dan mempromosikan ekonomi budaya. Berharap platform ini dapat mempertengahkan dan memperkuatkan dunia seni tempatan . " Pada tahun 2016 , mendapati bahawa 2.46 % penduduk Malaysia melawat Muzium Negara dan hanya 1.75 % penduduk negara melawat Balai Seni Negara. 

Data ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia melawat galeri seni dan muzium dengan kekerapan hanya sekali dalam setahun. Statistik ini amat merisaukan. Sekiranya keadaan ini tidak diperbaiki, lambat laun Kuala Lumpur tidak akan diperingati dengan selebihnya. 

Untuk mengubah keadaan ini, kami bekerjasama rapat dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam melaksanakan dasar dan aktiviti yang bersesuaian dengan rakyat tempatan," kata lzan Satrina Mohd Sallehudin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA. 



Untuk memastikan penghuni kota dapat melihat karya-karya seni yang dipamerkan, CENDANA telah bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menetapkan lokasi-lokasi strategik di sekitar ibukota untuk paparan hasil seni yang terpilih. 

Usahasama ini adalah untuk memastikan pameran meliputi kawasan yang kerap dikunjungi orang ramai serta kawasan yang bersebelahan dengan galeri muzium. Hasil usaha ini diperkuatkan dengan gabungan sinergi bersama pihak awam dan swasta seperti Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Balai Seni Negara, LEDTRONICS, KL Citywalk, PNB, Lot 10, Bursa Malaysia Berhad, Wisma Maran, Maybank Foundation, NSTP, Wariscan, dan KL Hop-On Hop-off.

Kempen Ini bermula pada Januari 2018 dimana artis tempatan dipanggil untuk menyerahkan karya seni mereka yang bertemakan Malaysia. 



Pada mulanya, lebih 1,000 hasil karya seni telah dikemukakan. Kemudian, ahli panel yang terdiri dari para akademik dan ahli seni dan kebudayaan telah memilih 30 hasil karya untuk memasuki senarai pendek bagi pengundian awam. 

Setelah proses pengundian awam dijalankan, Art In The City akan menampilkan 10 karya seni dari Suzi Chua, Brindha Kumar, Samantha Cheah (YueYue). Syamsul Addenno, Nor Aziela binti Ahmad, ART TECH, Natasha Iman, Ahmad Sanuri Zulkefi, Sivabalan Arumugam, dan Jing Chung. Selain itu, paparan luaran yang dijayakan dengan bantuan Balai Seni Negara akan menampilkan 4 karya seni daripada artis legenda seperti Dato Mohd Hoessein Enas, Datuk Ibrahim Hussein dan Kok Yew Puah.





Setiap pihak telah memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Art in The City. Saya dengan sukacitanya mengalu- alukan artis tempatan kita untuk berkongsi kreativiti masing-masing dalam mereka bentuk kempen Art in The City yang akan datang. 

Panggilan untuk bekerjasama dengan sokongan oleh CENDANA dan rakan kongsi kami akan ditetapkan tidak lama lagi Dengan ini, mari kita bersama menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang kaya seni budaya lalu memperkenalkan anak-anak seni Malaysia di pentas dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Art in The City, 
layari wwww.cendana.com.my

#CENDANAMalaysia dan #ArtinTheCityKL 

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)