Recent comments

Terbaru

MAH SING &LAZADA PERTAMA MENJUAL RUMAH DALAM TALIAN DI ASIATENGGARA PADA 12.12

 Pemaju hartanah terkemuka, Mah Sing Group Berhad, dan
platform eDagang Lazada Malaysia, telah berganding bahu untuk membawa kemudahan pembelian rumah dalam talian buat pertama kalinya di Asia Tenggara. 



Berikutan kejayaan yang dicapai semasa
Lazada 11.11 Shopping Festival, kerjasama strategik ini telah dibentuk sempena Jualan Hebat Akhir Tahun Lazada 12.12 bagi memenuhi keperluan generasi baru pembeli dalam talian. 

Majlis pelancaran yang diadakan di Ruyi & Lyn, Bangsar Shopping Centre dirasmikan oleh Datuk Ho Hon Sang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing, dan Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, dan disaksikan oleh Yang Berhormat Tan Kok Wai, Duta Khas Malaysia ke China dan Tan Sri Dato' Sri Leong Hoy Kum, Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Mah Sing.



“Mah Sing peka terhadap perubahan tabiat dan pilihan pelanggan, terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan teknologi yang meluas untuk membeli barangan. Kami ingin menjadi lebih inovatif dalam perniagaan dan mengubah cara pelanggan membeli rumah mereka. Lebih separuh daripada penduduk Malaysia membeli-belah menerusi dalam talian, maka sebagai pemaju pertama yang menjual unit rumah secara dalam talian melalui platform eDagang seperti Lazada, perkembangan ini memberikan kami kelebihan daya saing berbanding pemaju lain di Malaysia,” 

kata Datuk Ho Hon Sang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing. Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Kami teruja dengan peluang menjadi platform eDagang pertama di rantau ini yang menjual hartanah. Sambutan hangat yang diterima semasa Lazada 11.11 Shopping Festival menggalakkan kami meningkatkan usaha untuk memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa berubah dan semakin berani berbelanja dalam talian. 

Generasi pembeli kini di Malaysia sedang mencari lebih banyak penyelesaian digital bagi semua keperluan gaya hidup, dan kami percaya bahawa kerjasama ini akan menjadikan rumah mampu milik lebih mudah diakses oleh para pembeli muda.”








INSENTIF KEDAMAIAN YANG EKSKLUSIF DARIPADA LAZADA

Para pembeli rumah Mah Sing yang membeli rumah mereka menerusi Lazada akan menerima Insentif ekslusif dari Lazada sebanyak 5%, bernilai antara RM20,000-RM30,000; satu-satunya insentif dalam talian terbesar yang pernah ditawarkan di platform Lazada. Mah Sing yakin bahawa insentif ini mampu menarik lebih ramai pelanggan yang pintar menggunakan kemudahan digital sepanjang kempen jualan tersebut.

Datuk Ho juga berkata, “Ini merupakan kali pertama hartanah dijual menerusi platform e-dagang di Asia Tenggara dan Mah Sing teruja dapat menjadi perintis di pasaran Malaysia. Oleh sebab unit-unit terpilih adalah terhad dan disediakan khas untuk kempen ini, kami menggalakkan para pembeli untuk bertindak dengan pantas. Siapa cepat dia dapat!” 

Projek-projek Mah Sing yang akan disenaraikan di Lazada untuk 12.12 termasuklah M Vertica, Cheras; M Centura, Sentul; Sensa Residence@Southville City, KL South; M Aruna, Rawang; M Vista, Pulau Pinang; dan Meridin East, Johor. Mereka yang berminat boleh melihat kesemua hartanah ini mulai 28 November 2018. Unit yang terpilih boleh diletakkan ke dalam troli dan dibeli mulai 10 hingga 12 Disember 2018.

mBakal pembeli juga digalakkan untuk menghubungi bank mereka untuk memeriksa kelayakan pinjaman sebelum membuat tempahan unit menerusi Mah Sing Flagship Store di LazMall semasa kempen berlangsung. Bayaran tempahan akan dikembalikan sepenuhnya jika pembeli membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembelian mereka. Selepas pemilihan unit, dokumentasi dan permohonan pinjaman dimuktamadkan, pembeli boleh menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) dan menjadi pemilik rumah baru.





No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)