Terkini | New

Domino’s Perkenalkan Puding Roti Mentega Butterscotch

Puding Roti Mentega Butterscotch Domino’s
Diperkenalkan Sebagai Hero Paling Manis di Tayangan  Aquaman.

Pengalaman menonton aksi-aksi mendebarkan pertarungan dunia bawah air dalam filem terlaris 2018 yang sekian lama dinantikan,
filem Aquaman, pasti bertambah manis dengan hidangan pencuci mulut terkini daripada Domino’s Pizza, Butterscotch Bread & Butter Pudding (Puding Roti Mentega Butterscotch) baharu.




 Semasa pelancaran manisan terbaharu Domino’s, Linda Hassan, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura,

 Manisan terbaharu Domino’s yang lazat dan dibakar 
dengan sempurna ini dihasilkan dengan kombinasi roti mentega, sos vanilla, kepingan biskut coklat hancur dan dihiasi kismis manis. Pencuci mulut klasik masyarakat British yang terkenal ini menjadi puding kegemaran ramai kerana membawakan rasa manis menyelerakan dengan tekstur yang menambat selera.





Pencuci mulut terbaru Domino’s ini telah dihidangkan secara eksklusif kepada tetamu sebelum tayangan filem, untuk memberikan pengalaman menonton filem sambil menikmati manisan yang tiada bandingan. Pelancaran manisan baharu dan tayangan filem telah dihadiri oleh beratus-ratus pelanggan eksklusif Domino’s, peminat piza, rakan niaga dan wakil-wakil media serta media sosial berpengaruh.


Mereka bukan sahaja menjadi kumpulan orang pertama menonton filem yang sekian lama dinantikan, tetapi juga antara yang pertama untuk menikmati kelazatan Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu sebelum pelancaran rasminya baru baru ini. 

Ini adalah tanda penghargaan dan hadiah eksklusif atas kasih sayang dan sokongan mereka kepada jenama kami selama ini. Kami harap semua peminat Domino’s seronok menikmati puding baharu ini bersama keluarga tersayang dan kawan-kawan, khususnya pada musim perayaan,” 


Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu dibakar segar dan dihidangkan panas- panas setiap hari di cawangan Domino’s Pizza di Malaysia Barat dan boleh didapati hanya untuk tempoh terhad pada harga pengenalan RM9.90 sahaja.



Sempena musim percutian, pelanggan juga boleh membeli Wild West Combo terkini untuk perjumpaan keluarga dan sanak saudara. Wild West Buddy Combo, yang merangkumi satu Pulled-Meat Pizza saiz biasa (Regular), satu Golden Chicken Tenders, dua Coleslaw kecil dan dua tin minuman ringan, hanya berharga RM41.90.

Anda boleh mengunjungi cawangan Domino’s, 

http://www.dominos.com.my/
1300-888-333.