Recent comments

Terbaru

Epson telah mengumumkan pelancaran mesin pencetak format besar T-series

MESIN PENCETAK T-SERIES MENANDAKAN PENYERTAAN EPSON KE DALAM PASARAN PEMPLOT CAD BERTAHAP RENDAH HINGGA PERTENGAHAN UNTUK GOLONGAN PROFESIONAL MERENTASI PELBAGAI SEKTOR


Epson telah mengumumkan pelancaran mesin pencetak format besar T-series yang berkelajuan tinggi, ia boleh didapati dalam bentuk model tetapan di atas meja (desktop) atau di atas lantai (floor-standing). Pelancaran produkproduk tersebut juga menandakan penyertaan Epson ke dalam segmen pasaran bertahap rendah hingga pertengahan untuk pemplot CAD. 



Rangkaian mesin pencetak ini menggunakan saiz ruangan yang terkecil jika dibandingkan dengan mesin Iain dalam segmen seumpamanya, mesin pemplot tanpa wayar (wireless) ini menampilkan reka bentuk yang serba minimalis, ergonomik dan kompak yang sesuai untuk digunakan dalam ruangan pejabat. Dari cetakan biru (blueprint), pelakaran garisan sehingga ke penghasilan helaian penanda atau poster bilik darjah, SureColour T-series menawarkan prestasi penoetakan profesional yang boleh dipercayai merentasi pelbagai jenis sektor, termasuk bidang seni bina, kejuruteraan, CAD, GIS, pendidikan, korporat, atau untuk penggunaan di rumah dan pejabat yang kecil. 





SureColor T-series dipacu oleh teknologi kepala cetak PrecisionCore MicroTFP serta Teknologi Veriflkasi Nozel (Nozzle Verifrcation Technology) oleh Epson yang boleh mengesan dan melaras kondisi nozel secara automatik, lantas menzahirkan butiran dan keupayaan yang bertaraf gred komersial. 



Rangkaian produk berprestasi tinggi yang merangkumi mesin pencetak SC-T543O bersaiz 36 inci dan SC-T3430 bersaiz 24 inci dapat menghasilkan cetakan A1 pada tahap kelajuan tinggi yang masing-masingnya berdurasi 22 seat dan 25 seat. Model permulaan yang terdiri daripada slri pencetak SC-T5130, SC-T3130 serta SC-T313ON, dan masing-masing boleh mencetak pada permukaan yang bersaiz A1 dalam masa 31 den 34 saat, malah boleh dimuatkan dalam ruang pejabat yang kecil.




Khususnya, siri SC-Tx130 dilengkapi dengan fungsi penukaran auto yang unik, la membolehkan mesin pencetak tersebut menukar tetapan format bagi kertas bersaiz A4/A3 tanpa memerlukan pengguna menyentuh mesin pencetak ini. Produk ini ideal bagi syarikatsyarikat kecil yang memerlukan mesin pencetak dengan pelbagai kegunaan di dalam ruang pejabat yang terhad. Helaian yang dioetak akan disimpan di dalam kompartmen yang disediakan sehingga cetakan yang seterusnya dilakukan untuk memudahkan proses penggunaan. 







Epson SureColor SC-T3130N (tanpa kaki) 

"Mesin pencetak SureColor T-series dicipta untuk para penginovasi jurutera, pereka dan arkitek yang menglnginkan mesin pencetak berformat besar yang kompak, boleh dimuatkan dengan baik dalam ruang kerja mereka. Mesin pencetak T-series dihasilkan menerusi teknologi Epson yang terkini untuk memberikan hasil cetakan yang berkualiti tinggi. ia membolehkan pengguna mendapatkan kualltl cetakan yang jitu dan terang menerusi saiz format yang besar tanpa sambungan wayar, dan ia boleh dilakukan dengan menggunakan peranti mudah alih mereka." ujar Danny Lee, Pengarah, Jualan & Pemasaran, Epson Malaysia. 

Dilengkapi dengan keupayaan keterhubungan tanpa wayar dan ‘Wi-Fi Direct', pengguna boleh mencetak dengan mudah menerusi tablet dan telefon pintar, atau menggunakan skrin sentuh berwarna LCD 4.3 inci yang baharu, ia tampil dengan menu kawalan serta navigasi yang ringkas dan intuitif. Pemacu (driver) mesin pencetak ini yang cangglh juga membolehkan pengguna membuat perubahan pada saat yang akhir sebelum mencetak, lantas mengurangkan kadar kesalahan yang biasanya berlaku ketika mencetak. 

Dakwat pigmen generasi baharu UltraChrome XD2 yang berkapasiti tinggi dapat menghasilkan cetakan dalam kuantiti yang banyak dan pada masa yang sama dapat menjana output warna yang cantik dan garisan yang tepat di alas pelbagai jenis kertas. 

la mudah untuk ditetapkan dan direka suai untuk memudahkan tujuan penggunaan, mesin pencetak T-series dilengkapi dengan pilihan untuk disambungkan dengan pengimbas dokumen Epson untuk melancarkan tugasan pengimbasan bagi dokumen-dokumen yang kecil untuk mencetak salinan yang diperbesarkan saiznya. 







Butiran lanjut mengenai Mesin Pencetak SureColor T-Series》

Mesin pemplot T-series menawarkan pelbagai fungsi yang dihasilkan untuk membantu golongan profesional meningkatkan tahap produktiviti, ia meliputi: 

☆ Cetakan yang pantas SC-T5130 dan SC-T313O masing-masingnya dapat menghasilkan cetakan A1 yang jitu dalam tempoh 31 dan 34 saat. SC-T5430 dan SC- T3430 pula masing-masingnya dapat menghasilkan cetakan A1 pada kelajuan yang tinggi dalam tempoh 22 den 25 seat. 

☆ Mudah untuk dioperasi Skrin sentuh berwarna LCD 4.3 inci yang besar dan intuitif memudahkan tugasan pencetakan. 

☆ Kompak, reka bentuk yang kemas Bersaiz kecil dan kemas, reka bentuk yang serba minimal dapat mengoptimumkan penggunaan ruangan kerja. 

☆ Kadar penggantian dakwat dapat dikurangkan - Kartrij berkapasiti tinggi; kartrij warna yang berkapasili setinggi 50ml dan kartrij hitam dengan kapasiti setinggi 80ml bagi sirl SC-Tx130, serta kapasiti setinggi 350ml bagi siri SC-Tx430. 

☆ Cetak dari mana-mana sahaja di dalam ruang pejabat Fungsi keterhubungan tanpa wayar dan ‘Wl-Fi Direct’ yang bersepadu memudahkan tugasan pencetakan menerusi tablet, telefon plntar dan banyak lagi.

☆ Berprestasi tinggi - Kepala cetak PrecisionCore MicroTFP menawarkan fungsi ‘Precision Droplet Control“ untuk hasil cetakan yang jelas, serta keupayaan bertaraf gred komersial dengan ‘Nozzle Verification Technology',

☆ Tahan lebih lama, hasil cetakan yang lebih baik -Teknologi dakwat pigmen UltraChrome X02 generasi baharu dapat menghasilkan kualiti warna dan garisan yang lerbaik

☆ Pangendalian media yang versatil - Boleh menampung gulungan helaian kertas bersaiz setinggi 24 dan 36 inci serta sebanyak 50 helaian kertas A4 dan A3 dan lembaran kertas yang bersaiz setinggi A1 (24") atau A0 (36") dengan fungsi 'Auto Sheet Feeder'.


☆ Butiran yang tepat dan jitu Menghasilkan cetakan biru, lakaran garisan. poster dan banyak lagi dengan ketepalan setinggi 2,400 dpi.
☆ Mudah untuk ditetapkan - Boleh dipasang dan dihidupkan dalam masa yang singkat. 





Tentang Epson
Epson ialah peneraju teknologi global yang berdedikasi untuk menghubungkan manusia, alatan dan informasi menggunakan teknologi yang efisien, kompak dan jitu. Dengan barisan produk yang terdiri daripada mesin pencetak jet dakwat, sistem pencetakan digital sehingga ke projektor 3LCD, jam dan robot perindustrian, syarikat ini bermatlamat untuk memacu inovasi dan memenuhi keperluan pengguna bagi produk-produk jet dakwat, komunikasi visual, peranti pemakaian dan robotik.

Diterajui oleh syarikat Seiko Epson Corporation yang berpangkalan di Jepun, Epson Group merangkumi lebih daripada 76,000 pekerja dan 87 syarikat di seluruh dunia dan berbangga terhadap sumbangannya kepada komuniti-komuniti yang juga merupakan wadah pengoperasian organisasi ini serta atas inisiatifnya yang berterusan untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Maklumat lanjut boleh didapati di






No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)