Recent comments

Terbaru

King’s Wafer Wafer Perisa Mangga Perisa Vanila Bersama Dengan Bluberi

MEMPERKENALKAN DUA KEUNIKAN PERISA AISKRIM TERBARU DALAM BENTUK WAFER

King’s Wafer memperkenalkan dua perisa yang terbaru iaitu King’s Wafer perisa Mangga dan King’s Wafer perisa Vanila bersama dengan Bluberi. King’s Wafer Perisa Mangga dalam bentuk wafer menggunakan kelazatan dan kemanisan unik buah tropika mangga.


Peminat aiskrim dapat menikmati aiskrim yang lazat dengan lapisan wafer. King’s Wafer menggabungkan aiskrim vanilla dengan sirap berperisa bluberi, gabungan ini telah memberikan aroma yang berbeza untuk anda.


Keharuman buah mangga sentiasa memikat selera kita. Jadi, Ia merupakan buah tropical yang paling popular di Asia! Keunikan aroma mangga pasti menawan hati orang ramai. Dengan ratusan jenis mangga, peminat buah tropika ini pasti boleh menikmati sepanjang tahun.



King’s Wafer perisa Mangga memberi rasa eksotik buah mangga dalam bentuk wafer. Ia mempunyai gabungan yang sempurna, gabungan wafer bersama dengan blok aiskrim mangga yang menyelerakan. Peminat Mangga pasti dapat menikmati aiskrim buah topika ini tanpa sebarang kerisauan.



King’s Wafer perisa Bluberi adalah gabungan klasik antara aiskrim vanila dan sirap bluberi biru bersama dengan lapisan wafer. King’s Wafer perisa Bluberi ini telah menjadi pencuci manis yang lazat and istimewa. Aiskrim ini menghasilkan kelazatan unik dan melegakan orang ketika menikmatinya pada cuaca yang panas.



Gabungan klasik antara aiskrim vanila dan sirap bluberi biru bersama dengan lapisan wafer. King’s Wafer perisa Bluberi ini telah menjadi pencuci manis yang lazat and istimewa.


King’s Wafer perisa Mangga dan King’s Wafer perisa Bluberri dalam bentuk hidangan individu yang baharu boleh didapati di pasaraya, kedai runcit serta kedai petrol yang terpilih Petron dan Petronas pada harga jualan yang disyorkan iaitu RM1.50

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)