Recent comments

Terbaru

Keris Siamang Tunggal, Upin & Ipin Filem Animasi Les Copaque Production Meraih kutipan RM 25 juta

Upin & Ipin , Keris Siamang Tunggal filem animasi kedua terbitan Les Copaque Production meraih kutipan RM 25 juta hanya selepas 3 minggu tayangan dengan jumlah penonton mencecah 2 juta orang.la sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam Malaysia, mengalahkan filem antarabangsa Incredibles 2 yang memegang rekod tersebut sebelum ini.





Lebih membanggakan apabila jumlah penonton tersebut tidak pernah dicapai sebelum ini dan menjadi penanda aras baru bagi filem tempatan.la dijangkakan akan meningkat pada hari minggu yang akan datang.



Kejayaan filem ini adalah hasil dari penulisan cerita yang luarbiasa dalam mengaitkan watak Upin dan Ipin dengan watak-watak hikayat dongeng melayu lama seperti Mat Jenin, Raja Bersiong Nakhoda Ragam dan banyak lagi.

Selain itu, lagu tema dan animasi yang cantik mendapat pujian netizen yang meletakkannya setanding dengan filem animasi antarabangsa.Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal adalah tontonan sesuai untuk seisi keluarga dari kanak-kanak hingga ke warga emas.





Penaja utama filem ini, Citrex Gummy dari Millennium Pharmacon International (MPI), adalah dari negara seberang, Indonesia.Mengeluarkan pelbagai produk kesihatan dan terbaru sekali Citrex Gummy yang merupakan gula-gula kenyal berupa Upin & Ipin yang kaya dengan vitamin C.

Penaja bersama, INEST merupakan kumpulan usahawan muda yang memasarkan produk perkakasan rumah seperti penapis air dan udara dari Korea Selatan@ COWAY. 

Kerjasama bersama pihak Les Copaque bermatlamat memberi kesedaran tentang keperluan barangan perkakasan kesihatan, terutamanya dalam memberi kesedaran dan menjadikan tabiat untuk minum air yang bersih dan bertapis terutamanya dikalangan kanak-kanak Malaysia dan melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu untuk memberi kebaikkan kepada pengguna dan masyarakat.

Kos penerbitan filem ini menelan belanja hampir RM 20 juta, menjadikan ia filem termahal Malaysia dengan menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan.la dilihat sebagai satu penanda aras baru terhadap mutu industri animasi tempatan dalam semua aspek standing dengan karya- karya antarabangsa.

Diharapkan ia dapat mengumpul kutipan yang membanggakan dengan sokongan dari rakyat Malaysia untuk menonton di pawagam dan mengelak dari melakukan rakaman untuk dimuat naik ke media sosial .

UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL adalah filem terbitan Les' Copaque Production Sdn.Bhd., penaja utama Citrex Gummy dari Millennium Pharmacon International (MPI), penaja bersama iNEST edaran GSC Movies, Astro sebagai rakan media, FunNow sebagai rakan digital, dan disokong oleh Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL masih ditayangkan di pawagam seluruh negara, saksikan segera di pawagam berdekatan anda.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)