Ever Collagen Menambah Rangkaian Berseri-dari-dalam Dengan Produk Baharu ‘hair’, ‘fit’ Dan ‘wite’.
Ever Collagen Menambah Rangkaian Berseri-dari-dalam Dengan Produk Baharu ‘hair’, ‘fit’ Dan ‘wite’.
Pelancaran Eksklusif Watsons Malaysia Menampilkan Duta Baharu Shiyo di samping Han Xiiao Aii

Produk kecantikan dalaman premium Ever Collagen dari Korea melancarkan rangkaian produk baharu Ever Collagen Hair, Ever Collagen Fit dan Ever Collagen Wite. Kejayaan produk yang berasaskan kolagen dwi-fungsi yang melembapkan kulit dan menawarkan perlindungan UV, tiga produk baharu ini dihasilkan khusus untuk mengatasi isu kerapuhan rambut, bentuk badan dan pigmentasi kulit.
Eksklusif ditawarkan oleh Watsons Malaysia, ini adalah pelancaran julung kalinya buat rangkaian baharu ini di luar Korea. Pelancaran kali ini juga turut meraikan pelantikan Shiyo sebagai duta, pempengaruh kecantikan yang meningkat naik di samping kehadiran duta produk sejak awal pelancaran Ever Collagen di Malaysia, Han Xiiao Aii.

“Penjagaan kecantikan semakin menjadi keutamaan rakyat Malaysia dalam menempuhi ragam dinamik kehidupan masa kini. Kerjasama dengan Newtree Ltd ini adalah komitmen Watsons Malaysia dalam menawarkan penjagaan luar dan dalam yang sempurna melalui penjualan tiga produk baharu ini di cawangan Watsons dan secara atas talian,” ujar Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, merangkap Ketua Operasi Kesihatan dan Kecantikan Asia, AS Watson.

Dihasilkan melalui penyelidikan dan inovasi termaju, tiga produk baharu ini menumpukan kepada fungsi-fungsi berikut:
●Ever Collagen Hair menyokong kesihatan rambut dan kulit kepala terutama yang mempunyai masalah rambut menipis atau rapuh.
●Ever Collagen Fit membantu pelansingan badan dan meningkatkan metabolisma badan bagi individu yang ingin mendapatkan berat badan ideal.
●Ever Collagen Wite membantu pencerahan kulit dan tona sekata untuk kulit yang lebih berseri.

Semua produk rangkaian Ever Collagen diformulasi dengan kolagen bermolekular ringan dan mudah diserap dan mudah diamalkan setiap hari, menjadikan jenama ini pilihan tepat untuk dunia yang sibuk.


“Kami amat teruja untuk berkongsi tiga produk baharu bagi keperluan kecantikan yang berbeza-beza,” kongsi Kim Ji-Hoon, Pengarah Jenama Global di Newtree Ltd:- pemegang jenama Ever Collagen. “Pasaran Malaysia cukup penting buat kami, dan kolaborasi bersama Watsons Malaysia dan duta-duta adalah langkah terbaik dalam penawaran produk ini.”



Bersempena dengan pelancaran ini, semua produk rangkaian Ever Collagen kini ditawarkan promosi PWP 30% @ RM25.13 di semua cawangan Watsons seluruh negara. Jangan lupa untuk mengunjungi pameran Ever Collagen di East Atrium, Mid Valley Megamall dari 30 Jun sehingga 6 Julai dan berpeluang untuk mendapatkan lebih banyak ganjaran, termasuklah Beli 3 PERCUMA 1, hadiah PERCUMA dengan setiap pembelian. Sementara stok masih ada. Sertai PUTAR & MENANG bagi setiap pembelian RM80 dan keatas untuk menangi lebih banyak ganjaran.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.watsons.com.my//ever-collagen