Terkini | New

8 Tempat menarik di Pulau Pinang, yang harus anda lawati.

Pulau Pinang memang terkenal dengan senibina lama dengan banggunan yang cantik dan bersejarah. Selain senibina dan tempat-tempat menarik ramai pelancong luar dan tempatan mencari tempat makanan yang pelbagai di katakan terbaik di dunia.

Kali ini kami kongsikan kepada anda apa yang menarik dan untuk anda rasai sendiri keindahan, budaya, makanan dan senibinanya. Kunjungi kami kali ini adalah bagi mempromosikan Pakej Durian Balik Pulau yang dikatakan antara terbaik di Malaysia. Jom kita singgah jika anda ke Penang!




1. Gurney Drive Hawker Centre, atau Pusat Penjaja Anjung Gurney. ( Makanan )

Kalau dah sampai Pulau Pinang mesti nak kena cuba makanan yang sedap dan terbaik! Banyak betul pilihan makanan popular seperti laksa, charkuewtiaw, pasembor dan banyak lagi yang korang boleh cuba.

Ia telah dipindahkan beberapa kali, dan kini terletak di hujung utara Gurney Drive, tepat sebelum bulatan Gurney, antara Sunrise Tower dan Gurney Plaza. Gurney Drive Hawker Centre telah wujud sejak awal tahun 1970an, dan mungkin tempat paling terkenal bagi pengunjung ke Pulau Pinang untuk menikmati hidangan penjaja tempatan. Terdapat dua bahagian barisan gerai halal dan tidak halal.


2. Hameediyah Restaurant ( Makanan )

Siapa yang berada kat Penang jangan lupa singgah ke Hameediyah Restaurant, Rasanya tidak sama seperti yang ada di Kuala Lumpur di sini lebih menarik lagi. Jika makan di tingkat atas mereka masih menggunakan lift bertali untuk menghantar makanan naik ke tingakat atas. Terbaik! HAMEEDIYAH RESTAURANT









3. Kim Laksa Balik Pulau ( Makanan )

Jika anda menjejaki mural atau berkunjung ke Balik Pulau jangan lupa singgah ke kedai Laksa yang cukup popular ini. Antara menu popular adalah laksa beras dan laksa siam bersama petis. Jangan lupa untuk menikmati jus buah pala.










4. Makan Durian di Dusun @ 8321 Durian Plantation.

Anda boleh singgah untuk membeli durian di sini atau jangan lepaskan peluang bermula dari 6 Mei hingga 6 Ogos 2019 merupakan kempen secara kerjasama antara Tourism Malaysia bersama Asia Gateway Tours dengan sokongan Air Asia Berhad dan beberapa buah hotel terpilih di seluruh Pulau Pinang. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan bermula dari harga RM66.

Bagi pakej penginapan 2H1M juga ditawarkan dari RM186 seorang dan RM366 seorang bagi pakej 3H2M dengan tempahan minima 4 orang bagi setiap pakej.








5. Bergambar di lukisan Mural Balik pulau.

Jika singgah ke Balik Pulau jangan lupa bergambar bersama mural popular hasil dari lukisan Artist Julia Volchkova dari Russia. Terdapat beberapa lokasi di Pulau Pinang yang telah di cantikkan dgn mural hasil tangan Julia Volchkova ni terutamanya di sekitar Balik Pulau.











6. Melawat kilang buah pala, Balik Pulau

Bagi peminat buah pala jangan lupa singgah merasai sendiri buah pala yang cukup popular di Penang. Pelbagi jenis asam buah pala dari manis hingga masam untuk di beli. Anda boleh membeli minyak angin dan urut yang di hasilkan dari buah pala.
Ghee Hup Nutmeg Factory










7. Bukit Bendera

Jika ke Penang jangan lupa untuk menaiki train ke Bukit Bendera sambil melihat permandangan dari atas yang cukup cantik. Kalau boleh cuba waktu malam jugak yang sejuk dan dapat melihat lampu yang bersinar sambil melihat panorama Penang dari atas Bukit Bendera. Ada promosi waktu pagi dan lewat petang. Jom-jom semua! Penang Hill








8. Penang Street Art

Penang Street Art cukup popular di Penang. Antara yang menarik adalah anda boleh berjalan kaki bergambar bersama mural yang cantik dan menarik di Lebuh Armenian, Lebuh Cannon atau Lebuh Ah Quee. Jangan lupa singgah membeli cenderahati jika kesini.









 























Lokasi Pilihan Penginapan di Pulau Pinang.

1.Rainbow Paradise Beach Resort,
Jalan Tanjung Bungah, Pulau Pinang.


Lokasi yang sangat menarik dengan pemandangan laut dan matahari terbenam di Rainbow Paradise Beach Resort. Anda dapat menikmati pemandangan laut, nelayan di persisiran pantai dan Masjid terapung.










2. Hotel Royal Penang.

Lokasi yang strategik berdekatan dengan kawasan tumpuan pelancong cuma 2kilometer sahaja dari Masjid Kapitan Keling. Kawasan hotel yang betul-betul berada di kawasan tengah-tengah bandar.











3. Boulder Valley Glamping in Pulau Pinang.

Kawasan penginapan ini terletak di Balik Pulau yang bergabung dengan alam semulajadi menjadikan ia cukup istimewa. Terdapat hall yang besar untuk kegunaan majlis-majlis istimewa.









Rancang semua perjalanan anda ke Penang dan pastikan anda bergambar-gambar di setiap lokasi menarik nanti. Kalau boleh bergambar di semua mural yang popular itu. Kami pasti kan ke sini lagi pada masa akan datang.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat Tourism Malaysia dan penginapan 3hari 2 malam kami di Rainbow Paradise Beach Resort dan Hotel Royal Penang serta kepada semua yang terlibat.