Terkini | New

Nafalia Corporation mempersembahkan Filem Showtime 1958 Kisah benar di Studio Jalan Ampas yang belum pernah dikongsikan

Nafalia Corporation mempersembahkan Filem Showtime 1958
Kisah benar di Studio Jalan Ampas yang belum pernah dikongsikan

Suatu ketika dahulu Singapura merupakan sebuah pusat perfileman yang melahirkan ramai bintang filem Melayu. Namun kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif dan kemasukkan filem asing menjadi titik tolak kemerosotan industri filem Melayu di Singapura sekitar 1950an sehingga tertutupnya Studio Jalan Ampas setelah 20 tahun beroperasi. 


Kisah perit perjuangan anak-anak seni yang belum pernah dikongsikan sebelum ini bakal diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul ‘Showtime 1958’. Diinspirasikan daripada peristiwa benar yang dikongsi oleh seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong, filem ‘Showtime 1958’ adalah sebuah karya tulisan Anwardi Jamil yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem ini.



Filem ‘Showtime 1958’ akan memaparkan beberapa kisah yang disampaikan secara kejadian yang berlaku dalam tempoh dua puluh empat jam pada satu tarikh penting bagi bintang-bintang filem di Studio Jalan Ampas ketika itu. 1958 merupakan tahun getir bagi karier anak-anak seni yang mula goyang apabila Malay Film Productions ditekan dengan masalah kewangan. Terdapat sebahagian besar anak seni yang berasal daripada Malaya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air bagi menyertai Merdeka Film Studio yang dibuka selepas Malaya mencapai kemerdekaan.


Menggandingkan bintang-bintang baharu dan lama seperti Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Bell Ngasri dan Mubarak Majid, filem ‘Showtime 1958’ merupakan filem pertama terbitan Nafalia Corporation yang sebelum ini berpengalaman dalam menerbitkan drama dan rancangan bersiri untuk stesen-stesen televisyen tempatan.

Filem ‘Showtime 1958’ bakal memulakan penggambaran pada 17 Jun 2019 dan dirancang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei pada awal tahun 2020.


SENARAI KREW PRODUKSI SHOWTIME 1958
Penerbit : FARID K AHMAD ANWARDI JAMIL
Penerbit Bersama : SARAH TANG YEN YEN
Penulis & Pengarah : ANWARDI JAMIL
Penolong Pengarah : CHRIS ARUEL
Pengarah Sinematografi : NORAZAM MOHD YUSOFF
Pengarah Seni : JIE IBRAHIM
Editor : NOORHAFIZ MOHAMAD NOR
Pengurus Produksi : RAZIF KAMAL
Pengurus Kewangan : AZLISHAM ABDULLAH
Penyelaras Produksi : AHMAD SAFWAN AZEMI
SOFEA AMALINA ISHAK
Pakaian : COUTURE CLASSIC (M) SDN. BHD.
Pereka Pakaian : AKMA SURIATI AWANG
Rambut & Solekan : ANGGUN KASIH
Pengarah Muzik : RAJA ISKANDAR RAJA IBRAHIM
EBBY SAIFULLAH ALI
Kumpulan Tarian : TARIAN RUMBIA

Ikuti perkembangan terkini mengenai Showtime 1958 di:
Instagram: www.instagram.com/showtime.1958
Facebook: www.facebook.com/showtime.1958