Recent comments

Terbaru

Serikan Diri Di Aidilfitri dengan Garnier Jenama kecantikan berjaya mengumpul RM15,000 bagi memperkasakan wanita menerusi TechForGood.

Hari Raya Aidilfitri, bukan setakat meraikannya bersama orang tersayang, tetapi juga merupakan musim untuk bersedekah, terutama kepada mereka yang memerlukan bantuan. Tahun ini Garnier Malaysia membawakan makna yang baharu bagi sambutan Hari Raya menerusi kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, menerusi kerjasama dengan rakan peruncit MYDIN untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasakan wanita.



Kempen ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA). TechForGood adalah inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi.










Sejak penubuhannya pada tahun 2019, TechForGood telah membantu seramai kira-kira 500 ahli. Pada majlis penutupan kempen yang diadakan di MYDIN USJ hari ini, Garnier Malaysia mengumumkan bahawa kolaborasi dengan MYDIN akan memberi manfaat kepada TechForGood dalam dua cara:

(1) Bagi setiap produk Garnier yang dijual di MYDIN pada bulan Ramadan, RM0.20 disumbangkan kepada program.

(2) Bagi setiap perbelanjaan RM30 dan ke atas untuk produk Garnier yang dibeli sewaktu roadshow MYDIN antara 24-30 Jun 2019, pembeli menerima beg tote buatan tangan atau beg pouch yang boleh diguna semula yang dijahit oleh para wanita di bawah program ini.

 Garnier sentiasa komited dalam menyokong keperluan masyarakat setempat, dan DNA jenama ini disebarkan di seluruh Malaysia.





 "Kami tidak melihat tanggungjawab sosial kami sebagai terpisah daripada aktiviti perniagaan - kami menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan kami. Sebagai program yang membantu masyarakat dengan meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka, visi TechForGood adalah selaras dengan komitmen kami, iaitu membantu komuniti setempat yang memerlukan," kata lan Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia.
 "Sepanjang kempen Serikan Diri Di Aidilfitri yang berlangsung pada bulan Ramadan, sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh para wanita di bawah program ini telah diberikan secara percuma kepada para pembeli. Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sejumlah RM15,000 telah dikumpulkan dengan kerjasama MYDIN untuk menyokong TechForGood, yang akan menyumbang kepada kemajuan program ini dan membantu memberi manfaat kepada lebih ramai ahlinya,"

Menyentuh tentang bagainmana penglibatan Garnier Malaysia telah memberi manfaat kepada ahli TechForGood, Cik Deborah Melissa Bottreau, Presiden GEMA, menjelaskan:

 "Untuk kerjasama Garnier Malaysia dengan TechForGood, kami telah meningkatkan kemahiran 50 ahli wanita program yang mempunyai minat atau latar belakang dalam menjahit. Melalui pembelajaran digital dan bengkel, mereka dapat meningkatkan kemahiran menjahit yang diperlukan untuk membuat beg dan beg galas yang boleh diguna semula, dan pada masa yang sama, mendapat pendapatan tambahan. Kami sangat bersyukur atas sokongan Garnier Malaysia, dan kami yakin ini akan mewujudkan momentum bagi syarikat-syarikat lain untuk menyertai kami dalam membawa perubahan kepada komuniti mikro lain di seluruh negara."





Sempena dengan kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, barisan selebriti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz turut memberi sokongan mereka di acara tersebut. Bagi ketiga-tiga mereka yang muncul dalam drama mini bersiri TV3 bertajuk Serikan Hatimu, sambutan Hari raya pada tahun ini menjadi lebih bermakna apabila memberi sokongan kepada usaha amal yang memperkasakan wanita. Mereka menyokong Garnier dan juga menyatakan produk kegemaran mereka.

Garnier adalah penaja mini series, Serikan Hatimu, yang menyambut keindahan persahabatan dan memperkasakan wanita. Tontonilah di rangkaian TV3 dalam YouTube.













Bagi yang berkunjung ke MYDIN Usj anda berpeluang memiliki tote beg yang cantik secara percuma dengan setiap pembelian Rm30 produk garnier. Jom apa tunggu lagi singgah ramai-ramai ke MYDIN Usj roadshow pada 24-30 Jun 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, Garnier serta rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri, sila layari https://www.facebook.com/GarnierMalaysia/

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)