Recent comments

Terbaru

KARNIVAL LENGGONG 2019

Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-7 pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak menganjurkan Karnival Lenggong 2019 yang berlangsung di Dataran Lenggong (Lokasi Utama) dan Galeri Arkeologi Lembah Leggong (GALL), Perak bermula dari 12 hingga 14 Julai 2019.



Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Cik Saraya binti Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) mewakili YB Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia.







Warisan Arkeologi Lembah Lenggong telah diktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 30 Jun 2012. Lembah Lenggong merupakan bukti kewujudan aktiviti masyarakat prasejarah yang tertua di dunia di luar Afrika. Di sinilah wujudnya pembuktian menerusi penemuan tapak-tapak penting (arkeologi) yang memacu ke arah peradaban manusia masa kini, khususnya kepada Malaysia.





Seramai lebih kurang 4500 pengunjung dan peserta telah menjayakan Karnival Lenggong 2019. Antara aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang Karnival yang berlangsung selama 3 hari ini termasuklah Tunas Arkeologi yang melibatkan pelajar- pelajar sekolah di sekitar Lenggong, Mai Kayuh Lenggong, Kembara Warisan Arkeologi Lenggong yang dianjurkan bersama Persatuan Komuniti Pelancong A76, serta persembahan artis. Terdapat juga jualan-jualan produk tempatan seperti makanan tradisi Lembah Lenggong di mana kebanyakkan telah diktiraf sebagai makanan Warisan dan telah diinventorikan oleh Jabatan Warisan Negara.





Antara objektif penganjuran Karnival ini adalah;

-Mempromosi kepentingan dan keunikan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong secara berterusan;
-Mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong kepada masyarakat umum.
-Memberi gambaran kepada UNESCO tentang peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Malaysia dalam penjagaan Tapak Warisan Dunia ini.
-Mengangkat Warisan Arkeologi Lenggong sebagai antara produk pelanvongan warisan utama negara.

Turut hadir bersama dalam Karnival Lenggong 2019 ialah YB Abdul Yunus b Jamhari, EXCO Kemudahan Awam, Infrastuktur, Pertanian dan Perdagangan Negeni Perak Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, En Muda bin Bahadin, wakil- wakil kerajaan negeri dan persekutuan serta penduduk tempatan.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)