Recent comments

Terbaru

MAGICA EVENTS & FUNCTIONS HALL ADAKAN PREBIU EKSKLUSIF DEWAN ACARA TERBESAR DI SUBANG

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri ini, MAGICA telah menjemput rakan media, rakan bisnes dan para pelanggan menghadiri prebiu eksklusif Hari Terbuka yang julung kalinya diadakan untuk tatapan semua. Tetamu dapat merasakan sendiri suasana keajaiban pada saat mereka melangkah masuk. Disambut oleh kakitangan yang mesra dan pihak pengurusan yang professional, seolah-olah semua orang sedang dibawa ke satu dimensi lain iaitu alam MAGICA. Hari istimewa ini dianjurkan dengan kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor dalam industri termasuk katerer terkenal, perunding perkahwinan termasyhur, pakar dekorasi berpengalaman dan ramai lagi.


Senyuman terpesona jelas terpancar di riak wajah setiap tetamu yang hadir di dewan acara yang ditatah indah di tengah kawasan strategik kejiranan Subang. MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar pernah dilancarkan di kawasan tersebut. Terletak di tingkat atas Star Avenue Lifestyle Mall, MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap. Majlis pra pelancaran dan prebiu ini telah disempurnakan oleh Ms Chen Bee Kheng Ketua Pegawai Eksekutif Magica Events & Function Halls bersama Encik Mohamad Saad Bin Mohamad Rejab, Pengerusi Magica Events & Function Halls.





MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Sementara, gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza. Tetamu pada Hari Terbuka ini berpeluang untuk menyaksikan sendiri kesemua dewan dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa semua orang berasa terpukau dan kagum.






Magical Hall
Dewan utama seluas 12,000 kaki persegi ini menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik. Mampu memuatkan sehingga 3000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu.

Classic Hall
Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall dengan keluasan yang sama yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij. Bahkan ada juga ruang untuk sentuhan peribadi. Anda boleh menyerlahkan kreativiti sendiri dengan mendekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing.

Garden Hall
Sementara itu, Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal.

VIP Suite Rooms
Untuk pelanggan yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu. Terdapat 2 suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.
Dengan pasangan mempelai sebagai pelanggan utamanya, Magica Events & Function Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, diskaun menarik daripada rakan vendor dan pastilah dekorasi mempersona sebagai latar belakang kepada perkahwinan impian. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dengan tawaran dan kelengkapan yang disediakan oleh Magica, pelanggan bukan sahaja bakal mendapat majlis perkahwinan yang sempurna, bahkan dapat menjimatkan lebih 50-60% daripada apa yang sepatutnya mereka belanjakan.



Sambil tetamu Hari Terbuka menikmati suasana keraian dan melawat ke sekitar dewan, mereka turut bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin oleh Putree Bridal dan KYBC. Sambil duduk santai, tetamu dihidang dengan juadah menyelerakan oleh rakan katerer MAGICA. Di deretan bufet pula terdapat pelbagai juadah tradisional, fusion, hidangan kenduri kahwin dan juadah Raya yang enak, dihasilkan sepenuh jiwa oleh para chef bersesuaian dengan tema untuk memberi pengalaman manis kepada semua tetamu.





Senyuman keriangan jelas terpancar di wajah para tetamu sepanjang majllis ini kerana MAGICA menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan selain acara cabutan bertuah dengan hadiah Telefon Pintar Oppo dan Duit Raya untuk dimenangi. Semua tetamu berasa sangat teruja dan terhibur dengan suasana yang mengasyikkan disamping menikmati makanan yang enak dan berpeluang memiliki hadiah menarik.



Kemeriahan majlis berterusan hingga ke akhir dengan setiap tetamu yang hadir membawa pulang cenderamata daripada MAGICA dan rakan vendor. Hari Terbuka MAGICA Events and Function Halls jelas dapat memberikan satu pengalaman penuh bermakna dan informasi berguna kepada tetamu mengenai servis yang ditawarkan oleh MAGICA.

Untuk maklumat lanjut sila layari social media Magica Halls:
Facebook: MagicaatSubang
IG: Magicaatsubang
#magicaatsubang

Tentang Magica Events Sdn Bhd

Magica Events Sdn Bhd yang berpengkalan di Utara tanah air, merupakan pusat sehenti perkahwinan Melayu dan Cina sejak 1965. Dengan lebih daripada 50 tahun berkecimpung dalam industri, syarikat telah memperkenalkan edisi terkininya – MAGICA di kawasan Lembah Kelang. Dengan keluasan ruang lantai lebih kurang 36,000 kaki persegi, MAGICA menyediakan pelbagai pilihan dewan, sesuai untuk sebarang acara dan boleh memuatkan 7,000 tetamu pada satu masa.










No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)