Recent comments

Terbaru

PERASMIAN TERJUNAN BASE BERSIRI DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2019

Bagi peminat Base Jump set tarikh anda untuk bersama memeriahkan lagi terjunan di Menara Kuala Lumpur sempena KL Tower International Jump Malaysia 2019.

Menara Kuala Lumpur telah menganjurkan ‘KL Tower International Jump Malaysia (KLTIJM)’ selama 18 tahun dengan cemerlang dan telah menarik penerjun dari seluruh dunia. Acara ini menjadi acara penting dan merupakan acara utama untuk Menara Kuala Lumpur terutamanya dan Malaysia.



Terdapat hanya dua menara di dunia yang menganjurkan acara terjunan BASE antarabangsa ini, iaitu Tallinn TV Tower Estonia dan Menara Kuala Lumpur Malaysia. Menara Kuala Lumpur telah menjadi penanda aras kepada penganjur acara terjunan BASE yang lain kerana kami secara tegas mengambil langkah-langkah keselamatan sebagai keutamaan kami dan tugas-tugas teknikal yang diuruskan oleh para pakar.





Tahun ini, aspek teknikal organisasi acara ini akan diuruskan oleh 'ABABIL BASE JUMP CLUB'. Kelab ini terdiri daripada ahli-ahli dari penerjun BASE tempatan yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam menyelaraskan dan mengurus aliran teknikal acara tersebut.




Pada tahun ini, Menara Kuala Lumpur dengan bangganya mengumumkan bahawa ‘KL Tower International Jump Malaysia akan menjadi sebahagian daripada siri acara terjunan BASE di Malaysia untuk tahun 2019. Acara terjunan BASE ini akan mempromosikan 4 lokasi acara untuk memberi penerjun BASE peluang untuk mengalami cabaran dan keunikan lokasi-lokasi ini. Antara lokasi yang terlibat adalah:

-Menara Alor Setar International Jump @ Menara Alor Setar, 11  13 September 2019 (terjunan dari ketinggian 105 meter)
-Gua Damai International BASE Jump @ Gua Damai, Batu Caves, 15  17 September 2019 (terjunan dari ketinggian 100 meter)
-Sibu International BASE Jumps @ Wisma Sanyan, Sibu, 19  22 September 2019 (terjunan dari ketinggian 125 meter)
-KL Tower International Jump Malaysia 2019 @ Menara Kuala Lumpur, 26  29 September 2019 (terjunan dari ketinggian 300 meter)

Terjunan ini akan bermula di Menara Alor Setar dimana penerjun akan terjun dari Sky Deck pada ketinggian 105 meter dari paras laut dan akan mendarat di Taman Jubli berdekatan.

Siri ini akan berakhir di Menara Kuala Lumpur untuk ‘KL Tower International Jump Malaysia 2019’ yang telah memasuki tahun ke-19 tahun ini. Ianya akan mempamerkan terjunan menarik untuk memberikan keseronokan kepada pengunjung ketika mereka duduk di tebing Sky Deck.


“Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk menawarkan kepada para penerjun BASE untuk melakukan terjunan dari Menara Alor Setar, Gua Damai Batu Caves, Wisma Sanyan Sibu dan Menara Kuala Lumpur. Aktiviti ini akan meletakkan Malaysia pada peta pelancongan antarabangsa sebagai destinasi untuk aktiviti pelancongan sukan ekstrem. Ianya juga dapat membantu menggalakkan promosi 'VISIT TRULY ASIA MALAYSIA 2020' kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa. kata YBhg. Datuk Rozlan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Terbukti bahawa hari ini Malaysia terkenal kerana menganjurkan beberapa acara sukan bertaraf dunia dan semua acara sukan antarabangsa ini memberi manfaat kepada kedua-dua masyarakat dan juga negara. Acara siri terjunan BASE ini diharapkan akan menjadi produk pelancongan utama bagi Malaysia terutama dalam mempromosikan Visit Truly Asia Malaysia 2020 dan kami mengalu-alukan sokongan anda terutamanya para media untuk mempromosikannya di platfom tempatan mahupun antarabangsa. tambah beliau lagi.



Sebagai ikon dan mercu tanda penting yang diiktiraf oleh dunia, pelbagai pengalaman menarik dan unik yang ditawarkan kepada pelawat. Menara Kuala Lumpur sekali lagi menawarkan pakej khas Sitting On The Edge'. Pengunjung akan dapat menyaksikan secara dekat aksi terjunan dari tebing Sky Deck pada waktu siang ataupun malam.



Ini merupakan satu-satunya peluang sepanjang tahun apabila pelawat dibenarkan duduk di tebing Sky Deck dan melihat sendiri saat-saat menggerunkan penerjun membebaskan diri mereka di awanan dan jangan lupa mengabadikan memori dengan pemandangan indah siang atau malam Bandaraya Kuala Lumpur pada ketinggian 300 meter di atas aras tanah.




Jangan lepaskan peluang untuk menikmati harga Early Bird serendah RM94.00 (biasa RM118.00) bagi pemegang MyKad dan RM118.00 (biasa RM148.00) tanpa MyKad. Tawaran ini sah untuk pembelian tiket dari 1 hingga 20 September 2019.

Pengunjung juga dapat menikmati akses tanpa had ke Sky Deck berharga RM200.00 untuk pemegang MyKad dan RM300.00 tanpa MyKad. Pakej ini membolehkan pengunjung menikmati akses tanpa had ke Sky Deck selama 4 hari (sepanjang hari acara) dengan 1 percuma Sitting On The Edge’ dan 1 foto percuma.




Untuk merancakkan lagi demam terjunan BASE, Menara Alor Setar juga akan membuka Sky Deck mereka buat kali pertama kepada pengunjung semasa acara Menara Alor Setar International Jump ini dengan harga tiket khas sebanyak RM48.00 untuk pemegang MyKad dan RM58.00 tanpa MyKad.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan tawaran yang telah dirancang di Menara Kuala Lumpur dengan sokongan dari rakan-rakan acara seperti MyBalloon Adventure yang akan mempamerkan belon udara panas sepanjang 4 hari acara, promosi tiket khas oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM), kadar istimewa menginap di OASIA Suite Kuala Lumpur, tawaran istimewa dari Starbucks, minuman I-Mizu dan banyak lagi.




Acara ‘KL Tower International Jump Malaysia 2019 dan ‘Menara Alor Setar International Jump 2019 tahun ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Kerajaan Negeri Kedah, Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Unifi, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Starbucks, Yayasan Patriot Negara Malaysia (PATRIOT), MyBalloon Adventure, MYDIN, AirRider, Spectrum Photo Solution, I-mizu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), OASIA Suite Kuala Lumpur, Star City Hotel Alor Setar, Maxx Sports Sdn Bhd dan Atmosphere 360.

Untuk maklumat lanjut layari laman web www.menarakl.com.my

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)