Recent comments

Terbaru

Taman Tema Angry Birds di Sp Setia, Setia Ecohill Semenyih

Seiring sambutan ulang tahun Angry Birds ke-10, Rovio Entertainment telah bekerjasama dengan penganjur One Universal Production Sdn Bhd (OUP) bagi membawakan anda Angry Birds Splash Water World pertama di dunia.



Pengumuman itu dibuat pada majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua syarikat. Konsep Taman Tema Air Angry Birds yang menarik ini merupakan inisiatif terbaik dan tepat pada masanya bagi Malaysia bagi kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020.



The Angry Birds Splash Water World akan berada di SP Setia, Setia Ecohill, Semenyih sepanjang musim cuti persekolahan 2019 yang bakal tiba. Idea tercetus pada tahun 2009 oleh syarikat Finland, Rovio Entertainment, Angry Birds bermula sebagai sebuah permainan mudah alih yang popular dan sejak itu berkembang dari aplikasi permainan ke pelbagai skop hiburan dan pelbagai produk penggunaan di bawah kelulusan perlesenan jenama.



Sambutan mengalakkan terhadap filem Angry Birds Movie 2 baru-baru ini, Angry Birds Splash Water World dikatakan akan menjadi satu aktiviti yang bakal mendapat sambutan hebat selama dua bulan di Setia Eco Hill. Watak-watak utama yang menjadi kegilaan kanak kanak termasuk Red, Chuck, Bom, Terence, Eagle Mighty,dan tentu saja, Hatchlings akan berada di Angry Birds Splash Water World.



Bersama-sama dengan berpuluh-puluh elemen Angry Birds yang menarik. Angry Birds Splash Water World akan beroperasi pada tarikh tertentu selama dua bulan, bermula dari 22 November 2019 dan berakhir pada 5 Januari 2020. Hanya 2,000 tiket akan dijual untuk pengunjung setiap hari.

Pembelian tiket di laman web https://www.ticket2u.com.my/event/15739

#AngryBirds #AngryBirdsSplashWaterWorld #SetiaEcoHill #Red #Chuck #Bom #Terence #EagleMighty #Hatchlings #Travel #SchoolHoliday #VisitMalaysia #VM2020 #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #dboystudio #Malaysiatravelblog







No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)