Terkini | New

Besut Cruise, Terengganu.

Jika anda berkunjung ke Besut, Terengganu jangan lupa untuk menaiki Besut cruise bagi menyelusuri sungai Besut. Besut Cruise boleh memuatkan 12 orang dalam satu perjalanan dan perjalanan sekitar 1 jam.


Apa yang menarik anda dapat menikmati pemandangan flora dan fauna di pesisiran sungai. Sambil itu anda dapat melihat boat dan kapal-kapal keluar masuk. Pemandangan paya bakau memang cantik.



Tahniah! tambahan feri Besut Cruise bertambah menjadi 4, moga perniagaan sosial ini menjamin dan menguntungkan bagi penduduk sekitar juga.



Lebihan keuntungan banyak disumbangkan kembali kepada masyarakat setempat bagi keperluan pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Satu langkah yang menarik bagi mempromosikan pelancongan dan ekonomi di Terengganu.



Peminat makanan sata dan otak-otak pasti akan gembira anda boleh menempah jika ingin merasai makanan popular Terengganu dan air kelapa di atas Besut Cruise.


Bukan sahaja anda boleh makan di atas feri tetapi anda boleh membuat meeting, sambutan harijadi dan pelbagai lagi aktiviti. Sempat kami senaraikan aktiviti dan pemandangan yang menarik bersama feri Besut Cruise untuk tatapan anda.



Untuk maklumat lanjut layari laman sosial mereka di Besut Cruise

#BesutCruise #Cruise #vm2020 #visittrulyasiamalaysia #visitmalaysia2020 #beautifulterengganu
#setiuwetlandsfestival2019 #tourismmalaysia #tourismmalaysiawilayahtimur #motacterengganu
#Dboystudio #Malaysiatravelblog #Travel #Travelblogger