Terkini | New

Filem Zharfa Lakonan Kaka Azraff Mencabar Untuk Mencari Kebenaran

Zharfa lakonan dua buah Negara di antara Malaysia dan Indonesia ini adalah lakonan pertama Kaka Azraff sebagai watak utama. Filem ”Zharfa” adalah karya perdana Mr.Rius Production, sebuah produksi di Jakarta, Indonesia.





Filem ini menceritakan tentang perjalanan hijrah seorang gadis cantik, tomboy dan keras kepala dari Malaysia yang terjebak di sebuah pesantren yang ada di wilayah Jawa, Indonesia.



Filem garapan sutradara Ruli Wanizar ini adalah filem kerjasama dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia. Menurut Yudi Pratito yang juga bertindak sebagai produser di filem Zharfa ini, Malaysia memiliki banyak kesamaan dengan Indonesia jadi tidak hairan penduduk di Malaysia juga boleh menghayatinya bersama.



Filem ini juga dibintangi pelakon seperti Donny Alamsyah, Kaka Azraff, Piet Pagau, Shelomita, Betari Ayu, Anindi Zharfa dan Berlando Deton.

Saksikan Filem Zharfa Di Pawagam Bermula 7 November 2019. Untuk maklumat lanjut layari laman sosoal mereka di :
Instagram: @zharfa.movie
Facebook: @Zharfa
Facebook: MadnessFilmsMovies
www.mrriusproduction.com
#ZharfaTheMovie #MadnessFilmsMovies #MrRiusProduction #dboystudio