Recent comments

Terbaru

KONSERT ‘THE SINGING PIZZA’ MERIAH

Pizza Hut dan Universal Music Malaysia hadiahkan pengalaman lebih bermakna
dengan konsert eksklusif menampilkan artis-artis terkemuka. Pizza Hut dan Universal Music Malaysia telah menyatukan peminat pizza dan muzik pada malam Konsert ‘The Singing Pizza’ yang menampilkan gandingan hebat dalam kepelbagaian citarasa dan irama.



Lebih daripada 500 orang penonton telah hadir untuk menyaksikan persembahan eksklusif
dari tujuh artis terkemuka bertempat di Auditorium Muzik Bentley di Petaling Jaya.


Konsert tersebut merupakan acara penutup bagi kempen ‘The Singing Pizza’. Kerjasama
bersejarah di antara Pizza Hut dan Universal Music Malaysia ini bermatlamat untuk
menghubungkan dan memberi aspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani hidup dengan
lebih bermakna menerusi pengalaman menikmati pizza yang dipertingkat menerusi elemen
muzik.



Aman Ra telah membuka pentas dengan lagu Rap popularnya berjudul “Budak Flat” diikuti
lagu terbaharu “Fighter” dan “Bangun” yang membangkitkan mood pada malam itu.
Persembahan diteruskan dengan Zen yang memukau perhatian dengan lagu terbaharunya “If
I Knew”. Penyanyi bersuara merdu ini juga mengejutkan peminat dengan medley “Kenangan
Terindah” dan “See You Again”.



Malam itu diteruskan dengan permainan interaktif “Blind Pizza Tasting” yang memberi
peluang kepada empat peminat bertuah untuk naik ke pentas bersama Aman Ra dan Zen.
Penyanyi baru, Shalma Eliana meneruskan acara dengan persembahan lagu pertamanya
“Kenangan Terindah” diikuti dengan lagu berentak R&B berjudul “If I Ain’t Got You” dan juga
lagu terbaharu “Mahukah Kamu”.





Alvin Chong tampil menggamitkan suasana dengan persembahan mantap menerusi lagu
“Tajam” dan “Ben Ni Chong Ai” dengan gubahan semula lagu popular “Cinta Luar Biasa’.
Dua peminat bertuah telah diumumkan sebagai pemenang peraduan istimewa ‘Singing Pizza’
membawa pulang hadiah tiket penerbangan ke Sydney, Australia untuk menyaksikan konsert
Shawn Mendes secara langsung bersama Alvin Chong.



Peminat turut terpesona apabila bintang sensasi Fattah Amin mengalunkan lagu romantik
berjudul “Isterimewa” dan “1234U”. Pasangan duet ThomasJack membuktikan bakat mereka
dengan lagu berjudul “Rumours”, nyanyian semula “Ku Juga Mencintaimu” dan “Mungkin
Nanti” berduet dengan Zen.



Sebelum tirai dilabuhkan, Fazura mengakhiri malam penuh pesona tersebut dengan lagu
popularnya “Bangun”. Persembahan Fazura dihangatkan lagi dengan duet bersama dengan
suaminya, Fattah Amin mendendangkan lagu “Paling Sempurna”, “Bisa Apa” dan “Can’t
Forget Me”.



Penonton lain turut diimbau dengan segmen “Pizza Hut Moment” throwback, di mana peminat-
peminat bertuah dapat merasai pengalaman istimewa bersama artis kegemaran mereka,
termasuk sesi membuat piza bersama Fattah Amin, sesi manicure dan minum petang di Pizza
Hut bersama Shalma Eliana, bengkel tarian dikendalikan oleh ThomasJack dan Zen disusuli
sesi jamuan pizza, sesi istimewa di studio bersama Aman Ra diikuti dengan makan malam di
Pizza Hut.

‘The Singing Pizza’ didatangkan di dalam kotak piza bertemakan piring hitam, menampilkan ilustrasi artis seperti Fazura, Fattah Amin dan Alvin Chong di hadapan kotak berserta kod QR untuk akses kepada 200 lagu eksklusif termasuk lagu-lagu popular serta yang masih belum dipasarkan, dengan senarai yang dikemaskini setiap dua minggu di dalam aplikasi ‘The Singing Pizza’.

Kempen ‘The Singing Pizza’ ini juga berjaya meraih anugerah 'Excellence in Marketing
Innovation' (Anugerah Kecemerlangan dalam Inovasi Pemasaran) di majlis Marketing
Excellence Awards 2019 anjuran Majalah Advertising+Marketing baru-baru ini.

Untuk mendapat maklumat terkini layari laman sosial mereka :













No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)