Recent comments

Terbaru

Kraf Rumput Kercut Warisan Yang Amat Bernilai Di Terengganu.

Tahniah! Kumpulan Perkembangan Wanita yang mengusahakan kraf rumput kercut warisan yang amat bernilai di Terengganu.


Seni warisan kraftangan kercut di Kampung Beris Tok Ku, Setiu Terengganu semakin mendapat permintaan dan perhatian dari orang ramai akan ketahanan dan seni anyaman yang cantik.


Penghasilan produk dari rumput kercut adalah satu kesenian yang masih di usahakan bagi menghasilkan kraftangan yang menarik seperti tikar, beg topi dan bermacam lagi.



Penghasilan produk dari rumput kercut memerlukan tenaga yang banyak dimulai dengan mencabut rumput kercut, mengawetkan dengan lumpur, menjemur dan mengetuk kercut sehingga nipis. Proses ayaman akan mengambil masa mengikut kemahiran individu tersendiri.





Penghasilan kercut memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi bagi menghasilkan produk yang terbaik! Tahniah! moga KPW Setiu terus menghasilkan kraftangan yang bermutu tinggi dan menarik.

@Kumpulan Perkembangan wanita

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)