Terkini | New

7 Aktiviti Menarik Di Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan Untuk Anda Kunjungi

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda destinasi terbaik di Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan. Jom kita rancang percutian jelajah tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Sembilan.



Sempena Program ‘Back2Nature’ di Taman Negeri Kenaboi anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan kali ini disertai 35 peserta dengan penglibatan 4 buah negara luar iaitu dari Indonesia, Filipina, Korea dan Jepun.



Negeri Sembilan juga mempunyai banyak Air terjun, Gunung-ganang dan Gua-gua yang terbaik. Jom lihat lokasi dan aktiviti menarik yang boleh anda lakukan.




1. Air Terjun Hutan Lipur Jeram Toi

Sebelum ke Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan kami singgah ke Air Terjun Hutan Lipur Jeram Toi yang sangat cantik untuk bermandi-manda dan mempunyai 7 tingkat kesemuanya. Sesuai untuk bermandi manda bersama keluarga.






Taman Negeri Kenaboi, sebelumnya dikenal sebagai Taman Alam Liar, Jelebu adalah hutan seluas 9.045 hektar yang terletak di daerah Jelebu Negeri Sembilan dan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.


2. Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan

Pengunjung yang memasuki Hutan Kekal ini boleh mendapatkan izin di Pejabat Pentadbiran untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti mendaki, trekking, berkhemah dan banyak lagi.

Pembangunan di Taman Negeri Kenaboi telah berjalan sejak tahun 2006 dan siap pada tahun 2010.





Infrastruktur yang ada di Kenaboi State Park adalah Pejabat Pentadbiran, asrama, dewan terbuka, dewan taklimat, kantin, ruang solat, jambatan, tandas dan tandas.



Terdapat dua tempat perkhemahan di mana pengunjung dapat menikmati pemandangan Sungai Kenaboi semasa berkhemah. Terkini sedang dalam pembinaan asrama kedua dan pembinaan jalan ke Kem Sungai Kering di bawah peruntukan MOTAC.

3. Aktiviti Tubing di Sungai Kenaboi

Selain dari aktiviti tubing di Sungai Kenaboi yang hanya berdepan dengan khemah penginapan kami, pengunjung juga boleh terlibatkan diri dalam aktiviti sukan lasak seperti trekking ke air terjun, pendakian gunung dan penyelidikan.






3. Aktiviti Penyelidikan Dan Team Building

Pengunjung boleh merancang aktiviti team building bersama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Kami sempat melihat aktiviti pengambilan anak benih pokok oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.



Biji benih yang lebih berkualiti diambil bagi mendapatkan kualiti pokok yang baik.





4. Lata Kijang

Air Terjun Lata Kijang, air terjun tertinggi di Negeri Sembilan, dan Gunung Besar Hantu di mana pemandangan puncak melintasi 3 sempadan negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.











5 Lata Berungut

Antara tapak ekopelancongan popular di Taman Negeri Kenaboi adalah Jeram Berungut, lebih dikenali sebagai Lord of The Ring Malaysia.



Jeram yang sangat cantik dan pasti akan memukau pandangan anda. Setelah melalui anak sungai selama 45minit anda pasti gembira menikmati Kecantikan Lata Berungut ini.





6. Survival Village / Perkampungan Ikhtiar Hidup

Kami berpeluang mempelajari aktiviti- aktiviti survival di dalam hutan seperti mengenal pasti makanan, daun-daun, pokok yang boleh menjadi sumber makanan di dalam hutan jika sesat.



Memang ilmu yang tidak senang untuk dipelajari tapi berguna..













Tahniah buat Jabatan Perhutanan Negeri sembilan yang berhasrat penubuhan santuari ikan Kenaboi. Sebanyak 2,000 benih ikan lampam sungai dan terbol telah dilepaskan bersama Tn. Hj. Saleh Awaludin (Pengarah Perhutanan NS) dan En. Halimi Abu Hanip (Pengarah Perikanan NS) sebagai simbolik kerjasama erat antara dua agensi bagi merealisasikan hasrat murni ini.





Lembaga Pelancongan NS telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 80,000 buat pertama kalinya untuk perancangan dan penubuhan Santuari Ikan Kenaboi bermula tahun ini.


7. Lawatan Ke Perkampungan Orang Asli

Lawatan ke perkampungan orang asli kampung Tohol. Kami berkesempatan melihat tarian sewang dan istiadat perkahwinan mereka.



Antara perkampungan orang asli lain adalah penduduk Kampung Tohor, Kampung London, Kampung JeramLesung, Kampung Bertam dan Kampung Esok.











Kami berharap agar Taman Negeri Kenaboi menjadi ekopelancongan terkemuka di Negeri Sembilan yang mana akan memberikan tumpuan kepada ekopelancongan, pemuliharaan alam, rekreasi, pembelajaran dan penyelidikan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan pelbagai aktiviti menarik di Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan anda boleh layari laman web dan laman sosial mereka:

Website Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan: http://forestry.ns.gov.my/index.php/my/
Facebook: https://www.facebook.com/LamanRasmiJabatanPerhutananNegeriSembilan
Instagram: https://www.instagram.com/jabatanperhutananns/