Terkini | New

Inter Club Football League (ICFL) Berkolaborasi Bersama GR Travel &Tours Sdn Bhd.

ICFL terus mengatur strategi bagi memperkenalkan lagi jenamanya dalam penganjuran seminar permbangunan bola sepak dan seterusnya penganjuran liga bola sepak bawah 14 tahun di negara ini.


Selepas berjaya dalam penganjuran liga pada tahun lalu, ICFL kini dalam fasa akhir untuk meneruskan liga tahun ini sekiranya mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara.

Bagi memperkenalkan bagi jenamanya, Presiden ICFL, Dato 'Kamil Mokhtar telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama GR Travel &Tours yang diwakili Pengarah Urusannya, Puan Marina Ramly.





Hadir menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut adalah Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Dato' Dr. Ammar Bin Abdul Ghapar.

Majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC Jalan Ampang turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanah air dan juga bekas pemain kebangsaan.



Pada tahun ini, GR Travel&Tours akan menjadi penaja utama Piala Super ICFL dengan kerjasama Tourism Malaysia melalui kempen Cuti-Cuti Malaysia dan kerjasama ini diharap dapat merancakkan Iagi penganjuran liga.



Dalam masa sama, kerjasama berkenaan juga diyakini dapat merancakkan lagi sektor pelancongan selain membantu meningkatkan ekonomi negara melalui sektor perhotelan, makanan dan kraftangan.

Kerjasama itu antara lain akan melibatkan penganjuran Kem Jaguh untuk pemain remaja bermula peringkat umur 10 hingga 17 tahun melibatkan lima sesi bermula 25 Julai ini di Encore Theater Melaka.

Kem Jaguh dianjurkan ICFL bagi memberi pendedahan kepada pemain dalam aspek permainan selain kepimpinan dan disiplin di luar serta di dalam padang bagi menjadi pemain berkaliber dan profesional.



Pihak ICFL yakin, penganjuran Kem Jaguh ini dapat menyumbang kepada sektor pelancongan tempatan di Melaka melalui lawatan ke tempat- tempat bersejarah. Kehadiran peserta yang rata-rata dari Lembah Klang itu juga dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi peniaga tempatan terutamanya dalam sektor makanan dan juga rekreasi.


Kem Jaguh ini dianjurkan sebelum bermulanya pra kelayakan ICFL yang djangka bermula pada September ini yang akan diadakan di Lembah Klang dan Negeri Sermbilan. Empat pra kelayakan akan dianjurkan melibatkan 16 pasukan setiap sesi, Lapan(8)pasukan teratas setiap kelayakan akan layak ke Piala Super ICFL yang dijadualkan bemula Oktober.

Piala Super ICFL dianjurkan setiap tahun dengan objektif utama bagi mencari dan mencungkil dan mengasah bakat yang sedia ada. Pasukan yang ingin menyertai perlu melepasi peringkat kelayakan terlebih dahulu.


Pada tahun ini, ICFL mewajibkan pemain atau pasukan menyertai Kem Jaguh terlebih dahulu sebelum menyertai pra kelayakan dan kejohanan liga Super ICFL dengan setiap pemain juga akan dibekalkan Kad ICFL bagi melayakan mereka beraksi di Piala Super ICFL.


Sepanjang kejohanan Piala Super IFCL berlangsung, pihak penganjur akan membuat pemilihan pemain bagi mewakili pasukan ICFL Malaysia, mereka yang terpilih akan menikmati pelbagai kemudahan serta akan mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih berpengalaman.



Pihak penganjur yakin, usaha berterusan di peringkat akar umbi dapat membantu negara menaikkan lagi mutu bola sepak negara selain dapat membuka peluang kepada remaja mempamerkan bakat masing-masing di peringkat lebih tinggi.

Untuk menyertai Kem Jaguh,pemain yang berminat boleh menghubungi sekretariat ICFL di talian 03-9205 8474(Azmeer)atau email kepada info@supericfl.org bagi mendapatkan maklumat lanjut.