Terkini | New

Bagaimana Cine LUT Mentransformasikan Video pada Siri Galaxy S26

Jadikan Setiap Detik Sinematik: Bagaimana Cine LUT Mentransformasikan Video pada Siri Galaxy S26

​Melangkaui resolusi tinggi, trend video kini beralih ke arah mood dan penceritaan emosi. Samsung Electronics telah memperkenalkan Advanced Professional Video (APV) codec pada Galaxy S26 Ultra, meletakkan asas bagi pengeluaran video mudah alih sambil mengekalkan kualiti imej dan meminimumkan kehilangan kualiti semasa penyuntingan.

(Dari kiri) Taesik Eom, Bomi Kim dan Sugon Baek

Sebagai tindak balas, Samsung mengajukan soalan mudah bolehkah sesiapa sahaja mencipta video gaya Hollywood menggunakan telefon bimbit Galaxy? Jawapannya adalah ciri Cinematic Look-Up Table (Cine LUT) pada siri Galaxy S26. Walaupun codec APV menyediakan asas untuk video berkualiti pawagam, Cine LUT membawakan gaya warna yang unik kepada rakaman tersebut.

​Cine LUT menjadikan penggredan warna tahap profesional yang dahulunya dikhaskan untuk pakar, kini boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Samsung bekerjasama dengan pasukan dalaman dan pakar luar untuk menghidupkan ciri ini. Perniagaan Mobile eXperience (MX) mengetuai pelaksanaan kamera akhir, Samsung Research membangunkan teknologi pemprosesan video teras, dan U5K Imageworks sebuah studio pewarna di sebalik produksi yang diiktiraf secara global, membantu membentuk estetika visualnya.

​Susulan pengenalan codec APV yang memberikan tahap kualiti imej tanpa kehilangan visual (visually lossless), Samsung Newsroom menemubual tiga pembangun utama di sebalik Cine LUT , Sugon Baek daripada Kumpulan R&D Kualiti Imej Kamera di Perniagaan MX, Bomi Kim daripada Reality Media Lab di Samsung Research, dan Taesik Eom, CEO U5K Imageworks , untuk mendengar kisah penciptaannya.

S: Apakah itu LUT? Apakah yang membezakan Cine LUT pada siri Galaxy S26?

Baek: LUT pada asasnya adalah satu "peta" yang menukarkan satu set warna kepada rupa yang diinginkan. Tidak seperti penapis (filter) konvensional yang hanya melapiskan warna di atas imej, Cine LUT mentafsir semula rakaman Samsung Log untuk memberikan kedalaman dan rupa perfileman profesional.

Kim: Ia dioptimumkan untuk video Log. Dengan memanfaatkan penggredan (gradation) yang luas, ciri ini membina semula warna dan kecerahan secara tepat untuk mengekalkan butiran ton halus yang sering hilang dengan penapis konvensional, bagi menghasilkan kedalaman yang lebih kaya dan semula jadi.

Perbandingan rakaman Log dalam tetapan standard dengan LUT Thriller dan LUT Blockbuster

Perbandingan rakaman Log dalam tetapan standard dengan LUT Coming-of-age dan LUT Romance

S: Apakah yang mendorong pembangunan Cine LUT?

Kim: Walaupun peranti Galaxy menyokong video Log untuk rakaman berkualiti tinggi, penggredan warna tetap menjadi cabaran bagi pengguna. Kami menyasarkan untuk menjadikan hasil yang nampak profesional boleh diakses tanpa memerlukan kemahiran penyuntingan yang tinggi.

Baek: Kami mahu mencipta pengalaman yang membolehkan pengguna melihat pratonton rakaman sinematik pada saat rakaman dibuat, kemudian menggunakan LUT dan berkongsi video tersebut dengan satu ketikan mudah dalam Galeri.

(Dari kiri) Bomi Kim daripada Reality Media Lab di Samsung Research dan Sugon Baek daripada Kumpulan R&D Kualiti Imej Kamera di Perniagaan MX

S: Bagaimanakah kerjasama dengan U5K Imageworks bermula? Bagaimanakah Cine LUT dibangunkan?

Eom: Kerjasama kami bermula dua tahun lalu dengan kerja khidmat nasihat Rec. 709 LUT untuk video Samsung Log, di mana kami memperhalusi warna-warna yang kuat menjadi ton yang lebih semula jadi — pengalaman yang membawa kepada penghasilan Cine LUT. Untuk projek ini, kami membangunkan pelbagai versi merangkumi tiga tahap keamatan neutral, lembut (soft), dan kuat (strong) serta mengujinya dalam pelbagai babak, dan akhirnya memilih empat gaya teras.

Kim: Berdasarkan hala tuju warna daripada U5K, kami mengesahkan konsep tersebut berpandukan kriteria kuantitatif untuk memastikan prestasi yang konsisten dalam persekitaran yang berbeza, memperhalusinya melalui ujian sehingga niat kreatif dan kualiti teknikal menjadi selari.

Taesik Eom, CEO U5K Imageworks

S: Apakah cabaran yang anda hadapi semasa pembangunan?

Kim: Kami memerlukan set data yang besar untuk mengesahkan prestasi dalam pelbagai keadaan. Pengujian dalam persekitaran dunia nyata  daripada pencahayaan semula jadi dan dalam bangunan sehinggalah waktu siang dan malam serta kerjasama yang erat adalah kunci untuk menangkap nuansa warna tersebut.

Baek: Mengekalkan warna yang konsisten dan tidak herot dalam persekitaran yang berbeza adalah mencabar. Melalui ujian berterusan, kami membangunkan LUT yang mengimbangi keutamaan subjektif dengan kualiti objektif.

S: Apakah pertimbangan utama dalam mencipta rupa (looks) yang dioptimumkan untuk telefon bimbit?

Eom: Memastikan prestasi yang boleh dipercayai dalam keadaan dunia nyata adalah kuncinya. Memandangkan pencahayaan, pendedahan (exposure), dan imbangan putih sentiasa berubah-ubah, kami memberi tumpuan kepada mencipta rupa yang kekal semula jadi dalam sebarang situasi.

Kim: Kualiti adalah keutamaan kami. Kami menganalisis setiap bingkai dan mengesahkan prestasi menggunakan alatan seperti carta warna, imbangan kelabu (gray balance), dan skop vektor.

S: Mengapakah empat gaya ini dipilih untuk siri Galaxy S26?

Baek: Kami menganalisis bahasa visual genre filem popular dan mengenal pasti empat gaya yang mewakili. Daripada Blockbuster yang mempunyai kontras tinggi kepada Coming-of-age yang segar, Romance yang hangat, dan Thriller yang penuh mood, setiap palet warna direka untuk memberikan babak harian rupa sinematik segera.

Pengguna boleh melihat pratonton Cine LUT semasa merakam dalam Log dan menggunakannya dengan mudah pada rakaman yang telah dirakam menggunakan alatan penyuntingan.

S: Gaya Cine LUT yang manakah anda syorkan untuk situasi berbeza?

Eom: Tiada jawapan tetap, ia bergantung kepada situasi. Blockbuster sesuai untuk persekitaran kontras tinggi seperti pemandangan luar dan bandar; Coming-of-age sesuai untuk tetapan lembut dan trendi seperti kafe atau vlog; Romance menambah kehangatan pada babak yang memfokuskan watak; dan Thriller mencipta kesan yang lebih dramatik.

S: Apakah yang paling menarik perhatian anda dalam maklum balas pengguna?

Baek: Kami menjangkakan ia mungkin dilihat sebagai sekadar kesan video biasa, tetapi maklum balas yang diterima melebihi jangkaan. Pengguna cepat menyedari bahawa menggabungkan rakaman Log dengan Cine LUT meluaskan kemungkinan kreatif melangkaui penapis mudah. Kami juga melihat lebih ramai pengguna memilih gaya berdasarkan babak, dengan video berkualiti tinggi dikongsi secara meluas di media sosial, malah memberi inspirasi kepada cara baharu untuk mencipta kandungan.

S: Apakah rancangan anda untuk masa depan?

Baek: Kami menyasarkan untuk memantapkan lagi siri Galaxy S26 sebagai kamera gred profesional. Kami berharap dapat melihat lebih banyak kandungan yang bergema dengan kedua-dua pencipta dan penonton, dan akan terus menetapkan piawaian baharu dalam penghasilan video.

Kim: Memandangkan dunia berubah dengan pantas, matlamat kami adalah untuk mengenal pasti teknologi generasi akan datang. Melalui kerjasama erat dengan bahagian perniagaan, kami akan berusaha untuk membawanya ke dalam produk dan menyampaikan pengalaman inovatif kepada pengguna di seluruh dunia.

Baek, Eom dan Kim menonton video dengan aplikasi Cine LUT.

​Lahir daripada kerjasama erat, Cine LUT pada siri Galaxy S26 mentransformasikan detik harian kepada visual sinematik. Di sebalik pencapaian teknikalnya, ciri ini menandakan langkah penting ke arah menjadikan penghasilan video lebih mudah diakses merendahkan halangan yang dahulunya dikhaskan untuk profesional dan membolehkan sesiapa sahaja mengekspresikan diri mereka.

​Heesub Han, seorang pengarah komersial dan dokumentari, telah merakam siri filem pendek menggunakan Galaxy S26 Ultra dengan codec APV dan Samsung Log. 



Terokai video di atas untuk menemui kemungkinan Cine LUT melalui video di sebalik tabir dan filem pendek tersebut.