Recent comments

Terbaru

The Chicken Rice Shop Memperkenalkan Menu Eksklusif 'Flaming Koli' Sempena Perayaan Deepavali.

Kali ini kami ingin berkongsi kepada anda promosi menarik yang dinanti-nantikan di The Chicken Rice Shop. Anda boleh menikmati menu eksklusif Deepavali ' Falaming Koli' yang akan mengembalikan kenangan istimewa buat semua peminat The Chicken Rice Shop.



Mari kita sama-sama menikmati hidangan istimewa yang pedas dan enak, diperkayakan dengan rempah ratus yang menambahkan aroma di The Chicken Rice Shop (TCRS) yang kini kembali dengan menu Deepavali yang menambat hati mulai 21 September 2020 hingga 15 November 2020.

Hidangan Flaming Koli yang berinspirasikan masakan India yang kaya dengan aroma, TCRS mencipta menu eksklusif ini khas buat perayaan Deepavali dengan menyatukan rempah asli masakan India yang meningkatkan lagi selera rakyat Malaysia.

Pasti agak mencabar untuk mendapatkan sukatan rempah ratus yang tepat untuk menghasilkan masakan India yang lazat, Tahniah buat The Chicken Rice Shop yang berusaha untuk memudahkan orang ramai untuk menikmati menu istimewa ini dengan selesa dan mudah.


Kami sempat menikmati hidangan  dan melihat senarai harga yang ditawarkan memang berbaloi, memang sedap masakan yang pedas-pedas manis dengan ketulan ayam yang agak besar. 

Jangan lupa juga mereka mempunyai promosi hari-hari biasa set makan tengahari yang menarik.

Apa tunggu lagi jom terjah ramai-ramai ke The Chicken Rice Shop berdekatan dengan tempat anda semua. 

Untuk maklumat lanjut mengenai The Chicken Rice Shop, menu dan promosi. Sila layari laman web dan sosial media mereka:

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)