Terbaharu | New

3 Tempat menarik di SURABAYA, INDONESIA yang harus anda lawati.

3 Tempat Penyebab Surabaya Destinasi Travel Anda Seterusnya!

Surabaya memang kota yang sangat istimewa merupakan sebuah bandar pelabuhan di pulau Jawa Indonesia. Bandar yang pesat membangun dengan banggunan tinggi dan banggunan tinggalan sejarah zaman kolonial Belanda.

Terdapat banyak tugu-tugu bersejarah di Surabaya antaranya adalah Tugu Pahlawan (Monumen Wali) menghormati pertempuran kemerdekaan yang dilancarkan di jalan-jalan Surabaya pada tahun 1945.

Surabaya terkenal dengan Muzium Sempoerna, lumpur panas Sidoarjo,Pasar Turi, Muzium Santet , Gunung Bromo, dan juga gunung ganang yang cantik. Tapi kalau nak tahu, Surabaya juga sebenarnya ada banyak sangat tempat yang best dan awesome, tapi mungkin tidak semasyhur tempat yang disebutkan tadi.


Pengalaman aku ke Surabaya bulan september kelmarin bersama kawan-kawan aku penulis Blogger dan Travel agent sangatlah best!  .Ini bagi aku 3 tempat yang aku rasa macam korang patut pergi!


Sewaktu tiba di Surabaya lebih awal dari yang lain saya menginap di sini, murah dan memang dekat dengan bandar Surabaya. Anda boleh berjalan kaki ke stesen kereta Api Gubeng ,pusat membeli-belah Plaza Surabaya,

Tunjungan Plaza dan monumen Kapal Selam. Booking di melalui web booking.com kat sini ,atau korang boleh cuba kat Agoda.


Memang simple dan murah kepada yang datang bersendirian. Sempat jugak pusing-pusing sekitar bandar Surabaya tapi kita cerita pada post yang lain yer. Video intagram dari Indovideotravel seminit bandar Surabaya yang owesome.



Kita sambung pula 3 Tempat Penyebab Surabaya destinasi travel anda harus pergi.

1. Puncak Gunung Bromo.


Salah satu keistimewaan yang terdapat di Jawa Timur adalah Gunung Bromo yang merupakan gunung berapi yang masih aktif.


Gunung berbatu ini terletak di Taman Nasional Bromo Tenggera yang lebih luas dan keindahan alam semulajadi yang menarik.



Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk ke puncak jadi kami menyewa bilik penginapan untuk berehat sementara menunggu jam 4 pagi untuk menaiki jeep 4x4.






Seterusnya kami menaiki jeep ke penanjakan satu untuk melihat matahari terbit dan menuju ke puncak Bromo seterusnya.


Gunung Bromo yang sememangnya gah bersama deruan kawah gunung berapi yang masih aktif.




































2. Pasir Berbisik

Salah satu lokasi perfileman Pasir Berbisik yang popular lakonan Dian sastro widoyo.

Filem karya sutradara Nan Achnas tahun 2001 yang mengisahkan tentang seorang gadis desa bernama Daya yang tinggal di perkampungan miskin bersama ibunya yang sudah lama ditinggal oleh suaminya sejak Daya masih kecil. 

Daya mempunyai perangai unik yang mengatakan pasir membisik ke telinganya. Anda boleh cari di youtube :)








3. Bukit Teletubbies

Bukit Teletubbies di belakang Gunung Bromo yang sedikit kering tetapi jika menghijau pasti menawan hati.




Nanti akan abam update perjalanan ke Kota Malang atau di panggil sebagai kota kreatif.

For more updates, follow me on Social media:
Instagram: https://www.instagram.com/dboy_studio/
Facebook: https://www.facebook.com/dboystudio
Twitter: https://twitter.com/dboystudio

Reviews, Events or Any Inquiries,
Kindly Email me at dboyfotopages@gmail.com