Terbaharu | New

Melaka Tropical FRUIT FARM

Melaka Tropical Fruit Farm destinasi pertama kami singgah untuk merasai apa aktiviti yang boleh kami lakukan dia sana. Sebelum melakukan aktiviti lasak dan mendaki sempat la abam dan kawan-kawan makan durian dahulu.


Tiket masuk:

Dewasa RM7

Kanak-kanak RM5


Tiket masuk sambil menikmati buah-buahan.

RM60/pax unlimited buahan + durian

RM40/pax unlimited buahan tanpa durian

Bermula sudah episode Borakkita.com menjelajah selatan Johor bermula 26-31 Januari ini.
Kekal follow hastag #TravelogueMalaysia untuk perkembangan kami




Melaka Tropical Fruit Farm menawarkan pelbagsi aktiviti menarik untuk anda antaranya : Mini zoo, Taman herba, Aktiviti jungle tracking, Aktivti lasak, Sukan air dan tradisional serta banyak lagi.


Sesuai bagi korang nak merasai suasana dusun sambil makan buah tempatan. Malah Melaka Tropical Fruit Farm amat popular sebagai tempat untuk melakukan team building.




Musim terbaik untuk menikmati durian adalah dari bulan Julai hingga september. Pihak Melaka Tropical Fruit Farm juga membuat Fiesta Buah-buahan bila tiba masanya untuk di buka jualan kepada orang ramai. Ketika inilah sambutan yang luarbiasa dari penduduk luar dari Melaka.




Terima kasih kepada @sittytravel kerana menjadi penaja perjalanan kami kali ini. Apa yang perlu diketahui lebih banyak#traveltips untuk anda.



Pihak MTFF mengadakan aktiviti bolasepak bendang yang jarang-jarang sekali dapat dilihat pada hari ini. Sesuatu keunikan yang ada disini yang patut di cuba permainan tradisional suatu ketika dahulu. 







Kami berpeluang untuk memasuki ke kawasan ternakan puyuh dan belajar secara dekat lagi bagaimana penghasilan telur-telur burung puyuh.









Pengalaman bersama kawan-kawan memang tak dapat di lupakan dengan melakukan aktiviti flying fox dan water rafting.

A post shared by Zharif Azis (@zharif93) on

A post shared by Zharif Azis (@zharif93) on



Aktiviti Jungle trackking yang memenatkan tetapi mengujakan dapat melihat keindahan hutan dan perkara-perkara baru.






Terdapat juga mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan seperti ostrish , rusa , kuda dan arnab. Masa begini boleh mengambil peluang untuk memberi mereka makan.












Apa anda tunggu lagi? Rancang perjalanan anda ke destinasi seterusnya. Segala maklumat tambahan Melaka Tropical Fruit Farm boleh ke website mereka.
Melaka Tropical FRUIT FARM

Melaka Tropical FRUIT FARM Facebook
https://www.facebook.com/melakatropicalfruitfarmMTFF/