Terbaharu | New

IyerWeng yang mempersonakan bersama awan nano di Betong, Selatan Thailand

Thailand sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan menarik dan bolehdikatakan, saban tahun bilangan penduduk Malaysia yang melancong ke negara jiran inisemakin bertambah. Perjalan Malaysia ke Phuket, Thailand bertambah dekat dengan adanya penerbangan terus, keretapi dan bas dari Malaysia. 

Kali ini kami menjelajah ke Selatan Thailand bersama rombongan media anjuran Kelab Keamanan Selatan Thailand (SPMC) dan Persatuan Media Selatan Thailand (STMA) ke lima wilayah di Selatan Thailand dengan kerjasama Smile Vision Holidays, Khalifakota Travel danTourism Authority of Thailand (TAT) bagi mempromosikan Betong, Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla. 

Thailand terkenal sebagai destinasi tumpuan pelancong dengan terkenalnya pusat barangan murah, aneka makanan moden dan tradisonal serta masyarakat tempatannya yang lemah - lembut dan peramah. Bagi yang suka pada keindahan alam tak lengkap pula jika tidak singgah ke IyerWeng. 

Pemandangan alam yang indah menarik pengunjung ke sini. Pada ketinggian 2085 meter paras laut anda dapat melihat kabus di sekitar bukit di sini.





Sebelum dapat bergambar lawa-lawa macam nie kena la mendaki sedikit anak tangga untuk mendapat port yang lawa macam ini. 






























Mari kita saksikan video pendek ketika kami mendaki ke sini.




Anda dapat menyaksikan awan kabus yang berkepul-kepul muncul seperti lautan yang putih seperti kapas.



Awal pagi lagi kami mendaki tangga untuk berada di spot menarik melihat lautan kabus ini. Anda harus berhati-hati ketika mendaki dan pastikan membawa lampus suluh ketika di awal pagi.