SESI RANGKAIAN DAN INTERAKSI KOMUNITI i-DATO 2026
SESI RANGKAIAN DAN INTERAKSI KOMUNITI i-DATO 2026
Sebuah platform untuk ahli i-DATO mengukuhkan hubungan bisnes dan korporat, berkongsi idea dan ilmu, dan meneroka peluang bisnes baru.

i-DATO bakal menganjurkan Sesi Rangkaian Dan Interaksi Komuniti i-DATO 2026, yang menghimpunkan ahli i-DATO, pengasas bisnes dan pemain industri dalam sebuah sesi bisnes kasual untuk menggalakkan komunikasi profesional, interaksi dan membina rangkaian bisnes sesama komuniti.

Sesi ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 10 Oktober 2026, dari 2.30PM hingga 4.30PM di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur serta dihadiri oleh pengasas i-DATO, Dato’ Sri Sabaruddin. Sesi tahunan ini akan membuka ruang kepada ahli i-DATO untuk meluaskan hubungan bisnes dan korporat sesama komuniti i-DATO, serta mengukuhkan rangkaian bisnes sedia ada. Selain itu, ahli i-DATO juga dapat bertukar idea dan pandangan, berkongsi pengalaman, dan meneroka potensi baru untuk memajukan bisnes masing-masing.

“Sesi tahunan ini sangat penting supaya kita boleh berhubung semula dengan komuniti i-DATO, kukuhkan hubungan dan menggalakkan peluang bisnes baru sesama kita. Selain itu, kita juga harap ahli i-DATO akan terus menyokong antara satu sama lain dan saling bekerjasama merentasi pelbagai industri.” kata pengasas i-DATO, Dato’ Sri Sabaruddin.


Sesi Rangkaian Dan Interaksi Komuniti i-DATO 2026 akan menampilkan sesi rangkaian dan interaksi yang dirangka bagi menjana hubungan dan perbincangan yang lebih bermakna sesama peserta.

(Dari kiri) Pengasas i-DATO, Dato' Sri Sabaruddin bersama Dato' Yeoh Gin Chin.
Sesi ini dijangka bakal menghimpunkan barisan profesional dan wakil bisnes daripada pelbagai latar belakang, selaras dengan objektif i-DATO yang komited dalam membina komuniti keahlian yang lebih utuh dan menggalakkan kerjasama.

Ahli kehormat dan tetamu jemputan dapat memanfaatkan peluang ini untuk saling berkenalan, memajukan empayar masing-masing mencari kerjasama atau potensi baru, dan menambah nilai kepada bisnes masing-masing.