Terkini | New

Hijab Berkilau Bersama Kristal Swarovski , TRACYNC Dengan Gaya Koleksi Raya 2018


Hijab Berkilau Bersama Kristal Swarovski , TRACYNC

TRACYNC tampil BERGAYA di Gaya Koleksi Raya 2018 memperagakan 24 koleksi Hijab mereka dengan penuh bergaya dan elegan. Berkonsepkan musim bunga di Gaya Koleksi Raya 2018 di Publika Solaris Dutamas. 








Koleksi hijab yang ditampilkan oleh Tracync sangat eksklusif kerana pembuatannya sangat teliti dan sentuhan terbaik dari Tracy, pemilik jenama Tracync.




Hijab yang dilengkapi dengan butiran-butiran kristal swarovski  berkualiti dan ditempah khas menjadikan hijab tersebut bernilai tinggi. Memberi satu kesegaran baru buat pemakai hijab yang mementingkan keanggunan dan citarasa mewah.





Koleksi kali ini inspirasi daripada travel sepanjang musim bunga ketika menjelajah ke serata dunia. Seperti contoh corak iconic saree India, Lily-of-the-nile (Bunga lily), dan juga inspirasi senibina bangunan-bangunan dari negara timur tengah. 

Ini dapat melambangkan berhijab dapat menunjukkan kecantikan dunia. Memang cantik-cantik sungguh kilauan batu permata swarovski di hijab pada model-model yang anggun.



Tracy percaya bahawa hijab bukan sahaja dapat melambangkan warna dan seni reka musim bunga sahaja, malah dapat menonjolkan keindahan dan kecantikan dunia melalui hijab.




Tahniah buat Tracy di atas pelancaran koleksi hijab musim bunganya indah dan cantik. Hiasan swarovski pada setiap hijab yang diperagakan menampakan betapa pentingnya wanita dan hijab. Raya kali ini pasti menawan bersama TracyNC.







Kepada anda yang berminat dengan koleksi-koleksi musim bunga Tracync, boleh dapatkan di Butik The Twiq Label yang terletak di Bangi Sentral.





WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM