Terkini | New

Pertandingan Memasak Bersama Alce Nero - Cooking Right, Looking Good 2019

Cooking Right, Looking Good 2019
Baru-baru ini kami berkesempatan bersama blogger dan Chef profesional dalam satu program pembelajaran masakan bersama produk terbaru yang sihat untuk orang ramai. 




Memang menarik dapat berpeluang belajar masakan menu-menu sihat dan sedap. Kami harus menyiapkan makanan pilihan yang akan dinilai bagi persembahan, rasa dan kreativiti hidangan masakan kami. 

Program masakan yang bertema Cooking Right, Looking Good  2019 ini ditaja oleh Alce Nero bertempat di Berjaya University College. Seramai 23 blogger turut sama dalam program masakan ini yang dianjurkan bersama dengan 100Comments,  platform review di Malaysia dan sponsor bersama  OilumNutriva dan EUBOS.




Sebelum bermula acara kami di perkenalkan dengan produk
 Alce Nero yang organik dan kandungan bahan yang sihat. Produk diasaskan pada tahun 1978 dan hampir terdapat 300 produk hasil dari jenama Alce Nero seperti pasta, beras, tomato puri, sos, jus buah-buahan, madu, jem dan madu. Menurut Mr Nathan Deverre, Strategic Marketing Advisor, Ayam Brand Malaysia, adalah di hasilkan dan di proses Italy yang bebas dari bahan kimia.

Sebelum bermula pembelajaran kami di terangkan apa yang perlu kami lakukan bagi melengkapkan menu dan hidangan kami. Langkah-langkah keselamatan di tekankan bagi keselamatan kesemua peserta.







Kesemua peserta telah siap sedia untuk menunjukkan kemahiran memasak masing-masing dan bergambar bersama-sama produk yang harus digunakan dalam masakan.



Mr Nathan Deverre bersama Chef Athira dan pembantu dapur.






Kesemua peserta bersemangat untuk memasak kali ini dengan bimbingan dan tunjuk ajar Chef Athira yang berkemahiran tinggi 
dan manis orangnya. 

Chef Athira, adalah Chef Lecturer, Berjaya University College yang mendapat Master of Philosophy (Food Studies) dari Université Toulouse Jean Jaurès, Le Mirail, France.

Setiap kumpulan terbahagi dalam bilangan dua dan tiga dalam satu kumpulan. Sebanyak lapan kumpulan yang di berikan masa hanya tiga jam untuk menyediakan menu tiga menu Tri-Color Asian Pasta Salad, Italian Seafood Laksa and Chinese Strawberry Jam Cakes.






Kooi Mei, Wen Li and Shet Ling pemenang bagi Chinese Strawberry Jam Cakes. Tahniah!


Kumpulan mantap yang kesemuanya lelaki yang bersemangat tinggi dan bergaya sambil memasak. Masa yang di berikan memang sangat padat tetapi dapat di siapkan dengan dengan baik.








Kesemua peserta dengan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan msakan mereka dalam masa yang singkat. Semangat kerjasama dan kemahiran amat diperlukan bagi menyiapkan setiap tugasan.








Setelah bekerjasama dalam satu kumpulan walaupun kami di dapur paling belakang sekali tetap dapat selesaikan tiga menu hidangan bersama Alce Nero kali ini. Tahniah! kepada kami yang memenangi masakan  Italian Seafood Laksa.







Setelah siap kesemuanya dan menunggu hidangan di nilai oleh juri dan penaja kami berkesempatan melawat beberapa booth penaja bersama yang turut menaja hadiah bagi setiap pemenang masakan kali ini.

---------------------------------------------------------------------------



Nutriva®

Nutriva® MoriHeal Plus Rejuvenating Botanical Beverage and Nutriva® Nutritional Yeast, adalah 2 produk supplement harian untuk badan seseorang. Tiada tambahan gula dan kesemuanya adalah manis dari buah-buahan. Anda boleh mengunjungi laman web mereka untuk keterangan lanjut.

-----------------------------------------------

Lotion Oilum.

Kami singgah ke booth lotion Oilum yang di katakan melindungi kulit daripada kerosakan akibat udara alam sekitar yang menjadi kering dan kusam. 

Produk Oilum yang mempunyai formula unik yang dapat menghasilkan kulit yang kelihatan lebih muda hasil dari minyak zaitun semulajadi dan bahan-bahan kolagen yang terkandung dalam lotion Oilum.




Mr Andrew Tan, Director of MD Pharma bersama dengan Blogger bagi menerangkan kebaikan produk beliau. Banyak anugerah yang telah di menangi menjadikan produk ini terbaik di pasaran.

Maklumat Lanjut :
https://www.facebook.com/Oilum-Malaysia-243652882686418/


-------------------------------------------------------------------


EUBOS Skin Care.

Produk Penjagaan Kulit EUBOS, yang secara saintifik dirumus dengan bahan-bahan dermatologi yang berkesan untuk membersihkan, melindungi dan meningkatkan kulit yang sihat. Rangkaian Penjagaan Kulit EUBOS Asas terdiri daripada produk pembersihan dan penjagaan untuk setiap jenis kulit. 

Bahan aktif dermatologi yang terbukti melindungi biosfera kulit dan memberi emolien dan kelembapan. Rangkaian Kulit Sensitif EUBOS direka khusus untuk sensitif kering, kulit mudah pecah.

Maklumat lanjut :
http://www.eubosonline.com/en/







Tahniah kepada semua pemenang dan mereka yang terlibat dalam program menarik ini. Moga semua makin mahir memasak dekat rumah untuk hidangan keluarga dan kawan-kawan.



AlongMurni bersama hadiah dari Nutriva


Megan Tan bersama hadiah dari Nutriva


Sanny Chai bersama hadiah dari Nutriva


Adat dalam bertanding, ada yang menang dan kalah tetapi semangat dan kerjasama berpasukan itu lebih penting. Program sebegini adalah baik bbagi menarik lagi anak muda untuk belajar memasak dengan dapur yang lengkap seperti  di Berjaya University Collage. 
http://www.berjaya.edu.my/home/


Bergambar bersama Nathan Deverre dari Ayam Brand


Bergambar bersama Mr Andrew Tan dari MD Pharma


Bergambar bersama Mr Wallace Teoh dari Nutriva International.
......
Terima kasih semua penaja dan tahniah kepada semua pemenang!
Anda boleh singgah ke laman web mereka untuk melihat sendiri produk yang terbaik untuk anda.