Terkini | New

Mengapa J-Hope Dan Galaxy Z Fold8 Menarik Perhatian Ramai

Mengapa J-Hope Dan Galaxy Z Fold8 Menarik Perhatian Ramai

Apabila melibatkan j-hope, peminat memerhatikan segala-galanya. Daripada pelancaran muzik baharu dan gaya jalanannya, sehinggalah ke kafe kegemaran serta barangan keperluan perjalanan yang dibawanya di lapangan terbang setiap butiran mengenai penyanyi Korea Selatan ini, tidak kira besar atau kecil, dengan pantas menjadi bahan perbualan.

​Ia merupakan jenis perasaan ingin tahu yang dicetuskan oleh j-hope secara semula jadi. Pengaruhnya merentasi bidang muzik, fesyen, reka bentuk, dan gaya hidup seharian. Beliau bukan sekadar menjadi duta beliau menjadikannya satu cara hidup. Dan begitulah caranya Samsung Galaxy Z Fold8 melengkapi gambaran ini.

​Sama ada beliau sedang mengembara di antara bandar, membuat persiapan untuk persembahan, atau mengambil masa untuk berehat, telefon boleh lipat ini sentiasa seiring dengan gaya hidup j-hope. Bentuknya yang lebih nipis dan ringan memudahkannya dibawa sepanjang hari, manakala paparan layarnya bertukar dengan mudah daripada menyemak mesej dan merancang jadual, kepada menstrim video atau mengikuti garis masa media sosial hariannya semasa waktu terluang.

​Mungkin itulah sebabnya para peminat terus terpikat sebaik sahaja j-hope dilihat membuka lipatan peranti tersebut. Bagi sesetengah orang, paparan skrin yang luas membuatkan tugasan berganda (multitasking) terasa lebih intuitif. Bagi yang lain, ia merupakan kanvas imersif untuk penstriman, permainan video, dan kreativiti. Dan ya, bagi Army di seluruh dunia, melihat j-hope membawa Galaxy Fold8 semestinya satu kelebihan.

​Sepanjang kerjayanya, j-hope telah membina reputasi dalam menerima idea-idea baharu dengan keyakinan, mendefinisikan semula harapan peminat sambil kekal jujur pada diri sendiri. Galaxy Z Fold8 menjelmakan perkara ini, dan mungkin itulah yang membuatkan penampilannya sebagai duta terasa begitu meyakinkan. Di samping hubungan dengan selebriti, dalam dunia di mana peranti kita telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian, Galaxy Z Fold8 terasa kurang seperti sebuah telefon pintar biasa dan lebih seperti rakan pendamping yang direka untuk mereka yang sentiasa mencipta, meneroka, dan kekal berhubung.

​Kadangkala, trend terbesar tidak bermula dengan satu pengumuman. Ia bermula dengan peminat yang menyedari perkara-perkara kecil tetapi bermakna, lalu memulakan perbualan yang berkembang menjadi minat di peringkat antarabangsa. j-hope dan Galaxy Z Fold8 menawarkan sesuatu yang sukar diabaikan, dan mungkin juga memberi sedikit harapan (Hope) untuk inovasi mudah alih seterusnya.

Harapan Baharu Bermula (New Hope Unfolds)

https://www.instagram.com/reels/DbK9FwUiqRh/

Pra-Pesan Siri Samsung Galaxy Z Baharu Hari Ini!

​Bermula dari 22 Julai hingga 13 Ogos 2026, pelanggan boleh menikmati pelbagai ganjaran pelancaran eksklusif bernilai sehingga RM1,950! Ini termasuk rebat eksklusif bernilai sehingga RM800, rebat bank serta-merta sebanyak RM500 apabila membuat pembayaran dengan kad bank terpilih, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM400 untuk Ahli Samsung, dan Baucar Samsung Reservation+ bernilai RM250.