11 Tempat menarik di YILAN, TAIWAN yang harus anda lawati.
Mac 05, 2019Penerbangan mengambil masa selama empat jam setengah dari Kuala lumpur ke Kaohsiung International Airport, Taiwan.
Kali ini kita akan menjelajahi bahagian pesisiran pantai Timur Taiwan. Antara tempat menarik dan makanan halal yang ingin kami kongsikan adalah di Kaohsiung, Taitung, Hualien dan Yilan.
Kaohsiung Airport terletak di selatan Taiwan jadi untuk menuju ke pantai timur Taiwan kami menaiki keretapi menuju ke Taitung dan menaiki kereta dari travel agent yang kami hubungi.
Untuk perjalanan muslim friendly travel kali ini akan kami kongsikan kepada anda apa yang menarik dan popular menjadi tarikan tumpuan pelancong ke sini.
Kami menaiki kereta api dari Hualien menuju ke Liyan.



Jiaoxi Township Yilan, Taiwan. Shandori Hotel penuh dengan ukiran kayu-kayan yang mahal dan cantik.

Kami sempat melakukan aktiviti diy seperti membuat bantal dengan daun teh dan menikmati aiskrim. Cubalah rasa teh mereka yang segar dan aroma yang padu.

Homestay muslim friendly restoran dan muslim friendly tourism. Mempunyai 8 bilik dan mempunyai 2 certificate muslim friendly tourism dan restaurant. Terdapat green house untuk melakukan diy mengijut musin.


Luodong night market penuh dengan pelbagai jenis gerai makanan Taiwan, kedai pakaian dan cenderahati.
Kawasan yang sesuai dengan tanam daun bawang dari tempat lain kerana cuaca dan sistem pengairan yang baik menjadikan tanaman lebih subur. Tanaman lebih panjang dan rangup.
Menggunakan minyak halal dan mempunyai produk halal dari biskut daun bawang. Nt150 untuk merasai pengalaman memetik bawang Nt100 untuk memasak roti canai daun bawang.

Fairy Story Village Ecological Farm B&B Yilan. Antara homestay yang bertaraf Muslim friendly restaurant dan tourism.
Hasil tanaman yang segar dan tanpa bahan kimia di gunakan. Segala hasil dari buah-buahan, sayur di kebun dan herba di jadikan produk makanan dan minuman. Nak rasa buat diy kisar beras? Jom ke sini!


Suasana homestay ala-ala rumah agam di German dengan dipenuhi oleh barangan khas menjadikan homestay ini tampak mewah.

Riverside inn hotel berhadapan dengan sungai dan sawah padi yang menjadikan hotel ini menarik untuk di kunjungi.
Hiasan dalaman yang menarik serta makanan halal muslim friendly restaurant dan tourism dengan dua dapur yang besar di tempat sarapan pagi. Di dapur ini pelbagai aktiviti pembelajaran masakan halal di lakukan.

Hotel yang mempunya view yang menarik dan berhadapan dengan Luodong train station. Hiasan dalaman yang moden dan cantik sesuai untuk orang muda. Masih dalam renovation bahagian dapur dan mendapat sijil muslim friendly tourism.

Tahniah! Carrefour Taiwan
Bersungguh-sungguh kawan nak menunjukkan produk halal dekat kami. Rasa bangga dan terkesima jugak banyak produk halal tapi harga berbeza sikit yer tapi tidak perlu nanti bawa banyak-banyak dari Malaysia.
0 comments