ASTRA, Bateri Pilihan Mekanik Kini Disahkan SIRIM
ASTRA, Bateri Pilihan Mekanik Kini Disahkan SIRIM
Bateriku Perkukuh Keyakinan Pengguna Dengan Pelancaran Makmal Kualiti Bateriku

Bateriku (M) Sdn. Bhd. ("Bateriku"), penyedia Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan nombor satu di Malaysia mengumumkan pencapaian penting dengan pelancaran rasmi bateri automotif ASTRA. Semua 28 SKU produk ASTRA kini telah menerima pensijilan SIRIM.

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA telah menjual lebih daripada 1 juta unit. Pengiktirafan SIRIM melalui pensijilan IEC 60095 memenuhi standard antarabangsa dari segi keselamatan dan kualiti. ASTRA adalah satu-satunya jenama bateri automotif yang mendapat pensijilan untuk semua 28 SKU produknya, termasuk Bateri MF, Bateri EFB, dan Bateri AGM.

Pada majlis yang sama, Bateriku turut melancarkan Makmal Kualiti Bateriku, iaitu sebuah fasiliti dalaman yang membolehkan ujian menyeluruh terhadap prestasi, ketahanan, dan keselamatan setiap bateri ASTRA yang dibekalkan. Makmal ini, yang ditubuhkan di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd., akan memperkukuhkan lagi kawalan mutu dalaman untuk memastikan setiap bateri ASTRA memenuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dan turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi SIRIM Berhad, pemain industri automotif, serta rakan-rakan strategik Bateriku.


Beliau menambah, ASTRA merupakan satu-satunya jenama bateri yang diperakui SIRIM IEC 60095 yang menawarkan Perlindungan Kumpulan Insuran Takaful Kemalangan Diri (GPA) secara percuma serta bantuan waranti seluruh negara, menjadikannya inisiatif pertama dalam industri bateri Malaysia.

Setiap pembelian bateri ASTRA dilengkapi dengan perlindungan insuran Takaful Kemalangan Diri (GPA) percuma sehingga RM7,000. Pengguna juga akan menikmati perkhidmatan waranti nasional ("Nationwide Warranty Assist") termasuk bantuan lokasi di mana sahaja di Malaysia.

Bagi mekanik, ASTRA merupakan pilihan kerana mereka tidak lagi perlu menguruskan tuntutan waranti pelanggan secara langsung. Sebaliknya, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 225 Pitstop Bateriku di seluruh negara atau menghubungi talian hotline 24 jam Bateriku untuk bantuan.


Ekosistem Bateriku yang menyokong ASTRA merangkumi 225 pitstop fizikal di seluruh negara dan lebih 1,500 juruteknik gig bergerak yang dilatih oleh Akademi Bateriku.

Untuk bengkel yang berminat mendapatkan bateri ASTRA, sila hubungi 013 844 2816 atau emel b2wteam@bateriku.com.