Terkini | New

Terokai MAEPS Food Hunt Di MAEPS AGROTOURISM PARK

Kali ini kami kongsikan kepada anda lokasi menarik untuk anda meluangkan masa bersama kawan-kawan, keluarga atau pelancong luar negara yang datang ke Malaysia. Lokasinya adalah di MAEPS Agrotourism Park yang berdekatan dengan putrajaya dan ioi city Mall.


MAEPS Agrotourism Park sebagai salah satu destinasi Agrotourism yang menarik dan popular di Malaysia bagi bercuti sambil menimba ilmu dan menikmati makanan menarik. Terdapat satu program MAEPS Food Hunt yang menarik untuk anda cuba.



Program kali ini memberi peluang kepada tetamu mencuba pakej produk terbaharu iaitu MAEPS Food Hunt. lanya merangkumi lawatan ke empat lokasi aktiviti iaitu Laman Herba, House of Kambing, Nasi Kandar Apollo dan Laman Nanas. Tetamu ada di sediakan tram\ buggy mengikut jumlah peserta yang menyertainya bersama guide\jurupandu.





Lokasi pertama yang dilawati adalah Laman Herba di mana tetamu akan diberikan penerangan mengenai pelbagai spesis herba dan kelulut yang terdapat di Malaysia.



Bagi yang ingin mencuba pengalaman istimewa, di Laman Herba juga menyediakan aktviti merasai madu lebah kelulut terus daripada sarangnya.





Seterusnya, dihidangkan dengan minuman herba serta berpeluang memilih sendiri herba kegemaran untuk dinikmati bersama sos pilihan sebagai hidangan pembuka selera.





Program diteruskan ke House of Kambing dan tetamu disajikan dengan hidangan sup kambing istimewa restoran ini.













Setelah itu, tetamu boleh turun ke kawasan ladang untuk memberi unta makan dan menikmati keindahan pemandangan yang berlatarbelakangkan ladang ternakan di MAEPS Ecofarm.



Seterusnya, tetamu dibawa pula ke Restoran Nasi Kandar Apollo untuk hidangan utama dengan menu istimewa Nasi Kandar sambil menyaksikan keindahan tasik MAEPS.











Setelah selesai menjamu selera, aktiviti memancing (tangkap dan lepas) turut disediakan dan tetamu yang berminat boleh mencubanya di sana. Pasti menjadi pilihan tetamu untuk merasai sendiri memancing ikan di sini.





Sebelum mengakhiri program, tetamu dibawa ke Laman Nanas untuk merasai keenakan buah Nanas spesis MD2 dan Kuih tart nanas sebagai hidangan pencuci mulut. Tetamu juga di beri peluang untuk membeli nanas dan cenderahati di sini.










Program ini diakhiri dengan lawatan ke Galeri Informasi Nanas dengan diberi pengenalan kepada spesis nanas dan perkongsian maklumat mengenal industri nanas Malaysia.

Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan di MAEPS Agrtourism Park:

*Pakej asas Laman Agro
RM 65.00/pax (Non-Mykad)
RM 45.00/pax (MyKad)
RM 35.00/pax (Pelajar)

*Pakej Agro Hunt
RM 42.00/pax (termasuk hidangan ringan)
RM 62.00/pax (hidangan ringan dan makan tengahari)

*Pakej Food Hunt RM 65.00/pax

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

MARDI MAEPSS Sdn Bhd
En. Muhd Khairul Azwan-Pengurus (Pembangunan Perniagaan dan Agro-pelancongan)
Emel azwan@maeps.com.my
Tel +603 89484699/014-6688387
Fax +603 89484985
Laman web www.maeps.com.my

#Maeps #foodhunt #Makandimana #Malaysiatravelblog #Dboystudio #AgrotourismParkfoodhunt #Jjcm