Terkini | New

Pepsi Edisi Terhad BLACKPINK Akan Berada Di Semua Kedai 7-11 Malaysia

Pepsi® x BLACKPINK akan melancarkan produk Pepsi edisi terhad di semua kedai 7-11 yang mengambil bahagian di Malaysia dan Singapura, di mana empat personaliti BLACKPINK akan ditampilkan pada rangkaian produk kolaborasi ini.



BLACKPINK dipilih sebagai duta jenamanya Pepsi® yang terbaru untuk rantau Asia Pasifik pada 28 Disember 2020. Dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rosé and Lisa, BLACKPINK bekerjasama dengan Pepsi® dalam kempen terbaru “Go All In For What You Love” yang menggalakkan Generasi Z agar menjadi lebih berani dan bersedia untuk menempuh apa jua cabaran yang menjadi batu penghalang dalam usaha mereka mencapai cita-cita kehidupan mereka.

Bagi mengukuhkan lagi kerjasama ini, sebuah filem iklan terbitan bersama oleh Pepsi® dan BLACKPINK turut dilancarkan, yang merupakan satu catatan bersifat yakin, jelas lagi tajam, mengisahkan usaha serta kehidupan keempat-empat ahli kumpulan berkenaan.