Terbaharu | New

Halal Bak Kwa Kini Di Pasaran

Kali ini nak kongsi satu lagi lokasi makanan terbaru dan terbaik yang terletak di Kajang, Jadi orang-orang Putrajaya dan Bangi boleh terjah ok. Tahniah buat Firdaus Feeq dan Fatin Bella
yang berjaya menjual BAK KWA atau Dendeng Bak Kwa Cik Midah


Pertama kali cuba BAK KWA yang bermaksud "Daging Kering". Juga dikenali sebagai Rougan (肉干). Bak Kwa mempunyai rasa daging manis yang unik kerana mengandungi pelbagai ramuan rempah asli. Secara traditionalnya, daging Bak Kwa berbentuk kepingan 4 segi tipis dan garing yang dibakar di atas arang.


Hidangan Bak Kwa terdapat dalam 2 jenis iaitu daging lembu dan juga daging ayam. Ada 3 perasa Bak Kwa iaitu :
Original
Madu Tualang (Best Seller)
Spicy Szechuan

Bak Kwa ni HALAL dan ianya produk Melayu Islam. Chefnya sangat teliti dengan pemilihan daging lembu segar dan juga kayu untuk proses "asap" bagi menghasilkan aroma yang padu. Memang sedap!

Boleh terjah dan merasai BAK KWA @ Dendeng Cik Midah di N9 Food Court, Sungai Ramal Kajang.

𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈
Masa : 6 petang - 10:30 malam (atau sehingga habis)
Lokasi : N9 Food Court, Sungai Ramal Kajang
Contact no : 010 665 3553