Terbaharu | New

Majlis Pelancaran GO TO GLOW(G2G) Dan Banana Milk Yogurt Soap Dari BIRDNEST BEAUTY SOLUTION.

BIRDNEST BEAUTY SOLUTION.
Set penjagaan kecantikan lengkap 4 dalam 1 dan sabun dengan ekstrak pisang, masing- masing terjual lebih dari tiga ribu set dan 60 ribu buku sabun.



Pengasas Birdnest Beauty Solution, Norshahila Ahmad hari ini melancarkan dua produk baharu di bawah rangkaian produk keluaran Birdnest Beauty Solution. Kedua-dua produk terbaharu ini dihasilkan atas faktor tertentu terutama dalam memudahkan dan membantu pengguna di luar sana memiliki set penjagaan kecantikan lengkap pada harga mampu milik.



Set GO TO GLOW(G2G) ini merupakan produk ke 12 kami, manakala banana milk yogurt soap pula adalah produk ke 13 kami. 


Meskipun produk ini masih belum dilancarkan beliau sangat terkejut dengan permintaan yang sangat tinggi terhadap kedua-dua produk baharu ini dimana G2G telah terjual sebanyak tiga ribu set, manakala banana milk yogurt soap pula terjual lebih dari 60 ribu buku dalam tempahan awal (preorder) daripada stokis dan ejen.




 
"Saya mensasarkan jualan kami akan mencapai sehingga 20 ribu set G2G terjual tahun ini dan sebanyak 3 juta buku terjual untuk banana milk yogurt soap menjadikan jumlah jualan keseluruhan mencecah sehingga hampir RM30 juta," jelas Norshahila.


GO TO GLOW(G2G) dilengkapi dengan Birdnest Propoliis Collagen Soap, Poreless Magic Toner, Day Whitening, dan juga night repairing cream. 

Selain pelancaran produk baharu, majlis gilang-gemilang ini turut diadakan bertujuan menghargai segala sokongan dan juga kepercayaan yang diberikan oleh semua 'keluarga' BBS.









 

"Majlis ini sebenarnya telah dirancang untuk diadakan pada tahun lalu lagi, tapi disebabkan kekangan PKP. kami menghormati keputusan kerajaan dan bersyukur akhirnya majlis ini dapat direalisasikan. Sesungguhnya, kita merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih besar,"jelasnya.



Sebagai menghargai usaha keras stokis dan juga ejen BBS. Norshahila turut menyampaikan beberapa hadiah yang terdiri daripada tiket umrah, wang tunai, barang kemas, dan banyak lagi buat mereka yang terpilih.











Dalam pada itu, Norshahila turut mengajak wanita mahupun lelaki yang ingin sama-sama berkongsi rezeki untuk turut serta menjana pendapatan dengan menjual rangkaian produk beliau.




"Setiap individu berpeluang menjadi usahawan BBS bermula sebagai dropship tanpa modal dan akan dibimbing oleh leader masing-masing. HQ sangat komited dan sentiasa menyediakan material marketing seperti gambar dan video, billboard, program TV dan banyak lagi.




Tambah beliau, ada stokis yang berjaya capai jualan sehingga ratusan ribu ringgit sebulan, dan ingin melahirkan lebih ramai usahawan berjaya.


 

"Kami menawarkan pelbagai hadiah menarik menanti setiap ejen yang berjaya capai jualan sasaran tahun 2021. termasuk kereta mewah Vellfire. emas dan banyak lagi.

 



Majlis bertemakan tradisional melayu ini dihadiri seramai 250 orang yang terdiri stokis dan juga team ejen BBS. Jenama BBS ini turut terkenal dengan tagline makin calit makin cantik sejak 2018. kira-kira tiga tahun lalu. 



Majlis ini juga menampilkan artis terkenal tanahair seperti Bell Ngasri dan juga Azza Elite sebagai pengacara majlis. Terdapat juga beberapa artis popular tanahair dan rakan-rakan perniagaan turut serta hadir. 





Tahniah kepada stokis-stokis dan ejen yang telah berjaya menghasilkan jualan yang tertinggi. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial sosial di :