Recent comments

Terbaru

Majlis Pelancaran produk baharu khas buat penggemar pencuci mulut ‘Cendolah’, minuman Cendol Sedia-Untuk-Minum pertama di Malaysia.

Syarikat tempatan berasaskan makanan dan minuman, Asia innovative F & B Sdn Bhd, tampil dengan pelancaran produk baharu khusus untuk penggemar pencuci mulut, ‘'Cendolah', yang merupakan minuman cendol sedia diminum pertama di negara ini.



Dipilih sebagai antara 50 pencuci mulut terbaik dunia oleh CNN, cendol menempah tempat istimewa di hati dan selera rakyat Malaysia yang kerap mencari warung dan penjual di tepi jalan.


Cendolah, dengan rasa cendol yang menyegarkan diperkenalkan buat pertama kalinya dalam bentuk minuman sedia diminum dibuat menggunakan bahan-bahan utama seperti sirap karamel santan, kacang merah dan jeli tepung beras hijau untuk pengalaman yang menyamankan.

Pengasas Asia Innovative F&B Sdn Bhd, Vathumalaai Sooratanam @ Malai, mengabdikan lebih 30 tahun hidupnya dalam inovasi makanan, seperti menganalisis, meneliti dan mencari kaedah inovatif bagi menjadikan makanan dan minuman tempatan serta pencuci mulut kegemaran mendapat akses mudah di pasaran global.

"Idea di sebalik Cendolah adalah untuk menjadikan cendol sebagai minuman yang mudah dicapai, iaitu dengan mendapatkannya di atas rak pamer jual. Pengaplikasian teknologi makanan dan inovasi membolehkan kami mereplika rasa cendol asli dan justeruu itu saya yakin bahawa Cendolah, pasti akan membawa anda kepada pengalaman kali terakhir mengunjungi penjual cendol di kawasan kejiranan tempatan,” kata Malai.


Di samping jangka hayat guna selama dua (2) tahun, resipi Cendolah dikembangkan menggunakan kandungan gula yang seimbang, karbohidrat dan protein yang bertepatan sekaligus menjadi minuman kegemaran tempatan yang lebih sihat.

Berucap di majlis pelancaran tersebut, Malai juga mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi lain atas sokongan padu yang mereka berikan kepadanya untuk mengembangkan produk Cendolah.

“Sebagai sebuah syarikat perusahaan kecil sederhana (PKS) dengan cita-cita untuk menerajui produk tempatan ke peringkat antarabangsa, impian Cendolah hanya dapat dicapai dengan sokongan padu pelbagai agensi kerajaan termasuk MARDI, MATRADE, SMECorp, SIRIM, HDC, JAKIM, dan banyak lagi.

Kami amat berbesar hati dengan kolaborasi bersama rakan kongsi ternama seperti Tateyama Japan Food Industries, yang mana kepakarannya terhadap produk membantu dalam konseptualisasi dan pengeluaran produk Cendolah,” kata Malai.


“Kami amat berbangga kerana produk Cendolah diiktiraf dengan pensijilan Halal, HACCP dan MeSTI. Impian besar kami adalah untuk meneraju produk buatan tempatan ini di pasaran global, dan kami telahpun mula mencorak langkah ke arah tersebut,"tambahnya.

Dengan harga runcit serendah RM4.90 sepaket, Cendolah kini boleh dibeli secara dalam talian melalui Shopee dan juga di rangkaian pasar raya terkemuka, Mydin.

Tiada ulasan

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)