Recent comments

Terbaru

"DARI HATI KE HATI" BERSAMA PENGGIAT SENI TEMPATAN (KARYAWAN X YAYASAN AEON MALAYSIA)

Umumnya mengetahui bahawa komuniti seni merupakan golongan yang amat terjejas akibat impak pandemik Covid-19 yang telah melanda di mana mereka tidak lagi boleh menjalankan aktiviti persembahan dan penggambaran seperti sediakala.


Dengan demikian, satu sesi minum petang telah diadakan oleh Persatuan Karyawan Malaysia yang mana beberapa wakil dari pelbagai jalur industri hiburan bakal berbicara dan berkongsi situasi sebenar yang sedang dialami oleh mereka, yang kini telah pun genap setahun masalah global ini melanda.



Dato’ Freddie Fernandez: KARYWAN Malaysia dan Datin Yasmin Merican: Presiden Yayasan AEON Malaysia

Dalam masa yang sama perihal ini telah mendapat perhatian Yayasan AEON Malaysia, yang amat bermurah hati telah menyumbang Pek Bekalan Barangan Dapur secara berterusan kepada kira-kira 500 ahli Persatuan Karyawan Malaysia secara berterusan selama enam bulan yang ternyata amat membantu survival mereka dan keluarga.



Amat diharapkan agar segala Output yang diperolehi hasil dari sesi minum petang ini boleh dijadikan sebagai tanda aras sebenar masalah utama yang mana boleh digunapakai oleh pihak persatuan mahupun kerajaan bagi memperbaiki keadaan ini dimasa akan datang.


Karyawan X Yayasan AEON Malaysia.

BersamaAEON merupakan sebuah projek pandemik oleh Syarikat AEON di Malaysia melalui Yayasan AEON Malaysia yang telah bermula sejak pandemik COVID-19 melanda pada tahun 2020. Sepanjang Yayasan ini ditubuhkan, ia telah banyak membantu golongan yang kurang bernasib baik dan juga turut membantu ketika berlakunya bencana alam.

Oleh demikian, BersamaAEON diwujudkan untuk membantu keluarga dengan mengagihkan sumbangan barangan keperluan dapur bagi mengurangkan beban mereka yang terkesan akibat pandemik ini terutamanya daripada industri Perhotelan, Penerbangan dan Hiburan.Jumlah keluarga yang akan menerima sumbangan ini.

Dianggarkan lebih kurang 3,000 buah keluarga dari tiga (3) industri tersebut akan menerima sumbangan barangan keperluan dapur ini sepanjang tempoh 2 hingga 6 bulan.



Sebagai sebuah Yayasan, kami akan meneruskan lagi program program yang bersesuaian dengan objektif komuniti kami dan Insya Allah kami akan melakukan yang terbaik dan berazam untuk memberi lebih banyak sumbangan pada tahun ini dan tahun hadapan kepada mereka yang memerlukan.

Majlis penyerahan sebahagian daripada Pek Bekalan Barangan Dapur AEON kepada beberapa artis veteran yang hadir antaranya pelakon Norlia Ramli, penyanyi S. Rohani, Asheed (vokalis DefGabC), pemuzik kelab, Roslan (pemain dram Kumpulan Sons of Adam) dan Bob Sentuhan mewakili golongan buskers.
.

Tiada ulasan

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)