Terkini | New

"SENTUHAN WARISAN" BUFFET RAMADAN 2021 DI RESTORAN REBUNG CHEF DATO ISMAIL

Bila tiba bulan puasa semesti teringat menu makanan kampung air tangan ibu kan. Haaa... Sesuai dengan tema Restoran Rebung, hampir semua masakan berbuka puasa adalah sajian desa kegemaran ramai semestinya. Hilangkan mengidam nak rasa menu di atas dengan berbuka puasa bersama Restoren Rebung.



Dari restoran ni terletak di Bangsar hinggalah berpindah ketempat sekarang iaitu di Taman Botani Perdana, pelanggan tetap akan pergi menjamu selera di restoran ini. Masakan dia benar-benar kena dengan citarasa selera. 

Di antara restoran yang kesukaan ramai kerana menyediakan sajian kampung yang sedap adalah Restoran Rebung milik Chef Dato Ismail.


HARGA BUFFET RAMADHAN 2021
Dewasa : RM 84.80 nett
Kanak-kanak : RM 53.00 nett
(umur 5-11 tahun)


Restoran Rebung menyediakan lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang berkunjung ke Restoran Rebung. Bermula daripada makanan pembuka selera (appetizer) sehinggalah pencuci mulut (dessert).


Restoran Rebung masih mengekalkan sajian utama kami iaitu daging salai masak lemak cili api, ikan patin masak tempoyak, pari masak asam pedas dan lain-lain.



KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI RESTORAN REBUNG
Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 300 orang pada satu (1) masa mengikut S.O.P :
Blue Room berkapasiti 12-15 orang,
Red Room berkapasiti 50-60 orang,
Green Room berkapasiti 60-70 orang,
Stage Area berkapasiti 80-90 orang,
Yellow Room berkapasiti 25 orang dan manakala Anjung boleh menampung sehingga 40-50 orang.

Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu (1) masa. Kemudahan Lift (Mesin angkut barang) dan juga kawasan Restoran yang mesra OKU. Selain itu, parking kereta disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM4.00 sekali masuk.

PERKHIDMATAN KATERING DAN PRIVATE FUNCTION

Restoran Rebung juga menyediakan perkhidmatan Katering samada di kediaman anda ataupun di pejabat. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat anda, anda boleh menghubungi pihak Katering kami untuk membuat tempahan.



Selain itu, bagi mereka yang ingin mengadakan Majlis Tertutup (Private Function) samada seperti:
Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan atau Majlis Rumah Terbuka. Anda boleh menghubungi pihak Restoran Rebung di Talian 03-2276 3535 / 2525 untuk maklumat lanjut.

AKTIVITI RESTORAN SELAIN BULAN RAMADHAN
Menyediakan Buffet Breakfast, Lunch, Hi-Tea, & Dinner.

Buffet Breakfast :
Bermula pada jam 8:00 pagi - 10.30 pagi
Harga : RM21.20 dan Breakfast Set Bermula dari harga Rm6.00

Buffet Lunch :
Bermula pada jam 11:30 pagi - 3:00 petang.
Harga : RM42.40 (Dewasa), RM29.70 (Kanak-Kanak)

Buffet Hi-Tea*:
Bermula pada jam 3:30 petang - 5:30 petang
Harga : RM37.10 (Dewasa), RM21.20 (Kanak-Kanak)
*Bergantung pada tempahan

Buffet Dinner :
Bermula pada jam 6:30 Petang - 10:30 Malam
Harga : RM53.00 (Dewasa), RM35.00 (Kanak-Kanak)
mula bulan Januari 2021, Restoran Rebung telah memulakan sistem Order Makanan secara dalam talian melalui Aplikasi Foodpanda.






Selain itu, pada 1 Mac 2021, Restoran Rebung juga telah memperkenalkan lima (5) produk baru “Ready-2-Eat Series” iaitu Sambal Bilis, Sambal Udang Kering, Acar Buah, Sambal Belacan & Sambal Tempoyak. Produk-produk ini dijual di restoran dan juga boleh didapati di Aplikasi Shopee.

Pakej Buffet Ramadhan Restoran Rebung akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadhan, bermula dari 13 Ramadan 2021 hingga 11 May 2021. Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai tempahan berbuka puasa di Restoran Rebung :

Alamat : 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480, Kuala Lumpur.

Restoran : +603 2276 3535
Office : +603 2276 2525
Emel : restoranrebungchefismail@gmail.com
Facebook : Restoran Rebung Chef Ismail
Instagram: @rebung_taman_botani
Waze : Restoran Rebung Dato Chef Ismail Koordinat GPS : 3.1476795,101.6869198

Untuk tempahan Katering, anda boleh menghubungi Wakil Jualan : En Hafiz : 017-778 7895