Terkini | New

NI HSIN PERLUASKAN PERNIAGAAN MINUMAN KOPI TENAGA MENERUSI PERKONGSIAN DENGAN KOPERASI TENAGA DAN PETROLEUM

NI HSIN PERLUASKAN PERNIAGAAN MINUMAN KOPI TENAGA MENERUSI PERKONGSIAN DENGAN KOPERASI TENAGA DAN PETROLEUM.

BlackBixon coffee kembangkan capaian pasaran menerusi usahasama baharu

Ni Hsin Resources Berhad’s (“Ni Hsin” atau “Syarikat”) menerusi perniagaan makanan dan minumannya, Blackbixon Sdn Bhd (“BlackBixon”), memeterai perjanjian usahasama dengan Koperasi Tenaga dan Petroliam Berhad (“KTP”), sebuah koperasi untuk usahawan di dalam industri minyak dan gas (“O&G”), bagi mengembangkan pasaran bagi minuman kopi tenaga ‘BlackBixon’.



Usahasama tersebut akan menyaksikan Blackbixon menjual minumannya di pelbagai lokasi di pesisir dan luar pesisir O&G milik ahli-ahli KTP. Perjanjian itu bukan sahaja memberi manfaat kepada BlackBixon menerusi perluasan lokasi bagi mengedarkan minuman kopi tenaga, tetapi juga memberi manfaat kepada ahli-ahli koperasi, yang bakal mempunyai satu lagi sumber pendapatan menerusi penyertaan mereka di dalam perniagaan BlackBixon.
Yang turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian hari ini ialah Tetamu Kehormat, Encik Yazid Jaafar, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Petroleum Resources Corporation; Encik Sofiyan Yahya, Pengerusi KTP dan Encik Khoo Chee Kong, Pengarah Urusan BlackBixon.

Khoo berkata, “KTP merupakan koperasi yang ditubuhkan oleh profesional dari sektor tenaga pada 2019. Satu daripada misi utama KTP ialah meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan sosial ahli-ahlinya menerusi pelaburan aktiviti keusahawanan. Model perniagaa BlackBixon menepati misi tersebut, mempromosikan perniagaan berskala kecil yang mana ahli KTP boleh turut serta.”

“Sebagai Rakan Kongsi Jenama BlackBixon, KTP menawarkan rangkaian dan pasaran yang luas, terutamanya dalam kalangan sektor minyak & gas, serta tenaga. KTP juga mempunyai platform perniagaan dalam talian dinamakan edagang. Kami optimistik platform perniagaan dalam talian yang semakin berkembang ini akan terus meningkatkan ketrampilan BlackBixon dan menawarkan peluang perniagaan bagi BlackBixon. Kami menganggap Perjanjian Usahasama Jenama antara KTP dan BlackBixon sebagai sinergitik bagi kedua-dua pihak. Bersama, kami POWERING THE ENERGY PEOPLE! (Memperkasa Orang Bertenaga),” tambah beliau.

BlackBixon mewakili penerokaan pertama oleh Ni Hsin ke dalam industri F&B, dengan banyak lagi perancangan sudah dirangka bagi mengembangkan perniagaan itu ke peringkat serantau seiring dengan minat tinggi terhadap minuman tenaga, digabungkan dengan budaya meminum kopi hari ini.

Blackbixon baru-baru ini melantik Red One Network Sdn Bhd, sebuah pengedali rangkaian mobil maya (MVNO), bagi memasar dan menjual secara runcit kopi BlackBixon kepada 1.2 juta pelanggannya.

Pada masa yang sama, Ni Hsin juga telah mempatenkan ciptaan BlackBixon, yang merangkumi komposisi bagi melonjakkan tahap tenaga, anti-lesu dan meningkatkan kepekaan mental selain penggunaan komposisi tersebut, bagi melindungi hak Syarikat dan menjamin kelebihan daya saing untuk perniagaan F&B di dalam penjualan produk menggunakan ciptaannya itu.

Kopi Tenaga BlackBixon adalah komposisi yang memberi manfaat kafein dan ribose yang digabungkan apabila diminumk. Minuman ini menyerlahkan proses sintesis tenaga secara semula jadi badan manusia dan pada masa sama, mengurangkan kelesuan dan meningkatkan kepekaan mental seseorang individu