Terkini | New

Re(start) :Raya Jam! Langkah Aktifkan Kembali Aktiviti Seni di Tropicana Gardens Mall

Setelah melalui fasa percutian panjang dari melaksanakan rutin kerja pelbagai aktiviti seni akibat dari penularan pandemik Covid 19 , kini tibalah masanya untuk memulakan kembaili.


Dengan terma Re(Start) yang membawa definasi “Mula Semula” pihak Karyawan dan Tropicana Gardens Mall, sebagai penaja sumbangan dan lokasi telah membuka ruang kepada para penggiat seni tanah air seperti penyanyi, pelakon, pemuzik dan pelukis untuk terus beraksi di premis ini yang mana mereka akan ditempatkan dibeberapa ruang strategik didalam kompleks, bagi mengadakan pertunjukan atau demonstrasi.



"Tawaran yang diberikan oleh pihak Tropicana Gardens Mall memang menjadi rahmat buat kami. Mereka telah menaja siri pertama Re(Start) dan bakal memberi peluang kepada para pemuzik dan artis beraksi kembali , meneruskan survival seni mereka. Tawaran penggunaan ruang paling utama kerana segala persembahan di premis tertutup sahaja dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Lokasi Tropicana Gardens Mall yang begitu luas dan moden ini memang bermanfaat buat kami semua dan pastinya persembahan disini adalah berpandukan SOP yang telah ditetapkan", Ujar Dato Freddie Femandez, Presiden Persatuan Karyawan.


Di antara artis yang bakal terlibat ialah Baba Andy, Radhi Khalid, Jaafar Onn, Datin Paduka Julie Sudiro, Asheed Def Gab C dan lain-lain serta penglibatan ramai pemuzik profesional tanah air yang bakal beraksi secara akustik pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula 23 April sehingga 16 May 2021, jam 5.30 petang sehingga 9.00 malam.

 

Banyak aktiviti telah disusun, seperti sesi jamming akustik yang dibarisi oleh para pemuzik professional tanah air dengan penampilan para selebriti, aktiviti demonstrasi jualan lukisan dan pelbagai lagi yang bakal dimaklumkan dari masa ke semasa.

Diharapkan para pencinta seni sudi meluangkan masa ke sini sambil menikmati suasana moden dan ceria di pusat membeli belah Tropicana Gardens Mall, yang terletak di lokasi strategik Kota Damansara. 

TROPICANA GARDENS MALL SEKAMPUNG BERAYA (Sehati Support Lokal) SEJIWA BERSAMA KARYAWAN RE(START) RAYA JAM


Activities Tropicana Gardens Mall 

Get ready to celebrate the Raya season with Tropicana Gardens Mall from Friday, 23 April Sunday, 30 May, 2021. We aim to keep the Raya spirit alive by supporting the local community business. Check out the different events and activities lined up for you. 


Gerai-Gerai Sekampung - Shop at the Ramadhan bazaar with varieties of local products, raya cookies, gifts, fashion and more. Ramadhan Bubur Labuk Giveaway - We're giving the taste of home with FREE Bubur Lambuk to front liners and the local communities, everyday for first 50 customers.


Sejiwa Bersama Karyawan - Join the local music performances with Persatuan Karyawan Malaysia, Re(Start) Raya Jam and buka puasa with celebrity Chef Jaafar Onn. Sekampung Redemption - Spend every RM100 with Touch ‘n Go eWallet at the selected stores to redeem RM10 cash voucher.

More Info visit  www.facebook.com/TropGardensMall