Terkini | New

SYIOK FEST RAMADAN RAIH PENYERTAAN RAMAI USAHAWAN BELIA

Dalam melestarikan perkembangan ekonomi negara terutama di dalam kemelut pendemik Covid 19, Syiok Fest membuka peluang kepada pemilik Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk berniaga.



Menerusi siri festival Syiok Fest Ramadan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, penganjurannya telah mendapat perhatian lebih 200 vendor sejak hari pertama ia dianjurkan iaitu pada 16 April dan akan berakhir 9 May.



Di mana 30 daripada jumlah itu membabitkan usahawan selebriti dan bintang sosial media yang memiliki produk perusahaan masing-masing. Dianjurkan oleh Continue Event Sdn Bhd, pelbagai produk diketengahkan di Syiok Fest Ramadhan antaranya juadah berbuka puasa, makanan kering, fesyen, produk kecantikan, automotif dan juga haiwan pelihraaan.


Pengarah Continue Event Sdn Bhd, Elvis Siaw berkata Syiok Fest Ramadan adalah susulan daripada penganjuran Syiok Fest sebelum ini. “Ini merupakan Syiok Fest ke-3 yang telah dianjurkan oleh pihak kami. Di mana sebelum ini telah berlangsung di Seremban 2 dan lokasi serupa, Parking B Stadium Nasional Bukit Jalil.

  

“Meskipun e keadaan pendemik Covid 19, kami memastikan supaya acara ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan dan kami sentiasa memberi penekanan terhadap SOP kepada semua pengunjung,” katanya.



Syiok Fest Ramadan telah dilancarkan pada 25 April lalu yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Majlis turut disaksikan penaja utama Syiok Fest Ramadan, Ikhlas iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas, Ikhlas Kamaruddin dan tidak ketinggalan Joshua Wong dari Continue Event



Pada majlis berkenaan, YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal sempat memuji langkah Continues Events yang menggalakkan pembabitan usahawan muda tempatan bagi menjana ekonomi meskipun negara masih di dalam kemelut Covid 19.




Malah beliau turut mengalu—alukan lebih ramai generasi muda untuk terbabit secara aktif di dalam bidang perniagaan, malah kementeriannya turut menyediakan beberapa kelebihan kepada golongan belia untuk menjana ekonomi.


Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Datin Alyah, Karl Shafek, Ernie Zakri, Syamel, Ayie Elham, Julia Farhana, Vicha, Bella Astillah, Awi Rafael, Zarina Zainuddin, Iman Zulkarnain, Shah Jaszle,Wak Doyok, Dayana Roza dan ramai lagi.




Antara tarikan yang terdapat di Syiok Fest Ramadan, di mana pengunjung diberikan baucer membeli-belah percuma pada setiap hari dan peluang membawa pulang telefon bimbit menerusi peraduan secara online.


Pengunjung juga boleh berbuka puasa di khemah utama Syiok Fest Ramadan yang berlatar belakangkan sebuah pohon besar, tetapi masih mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan.


Pelbagai potongan harga menarik ditawarkan oleh para peniaga yang mengambil bahagian, termasuk pemberian juadah berbuka puasa secara percuma beberapa minit sebelum waktu berbuka puasa.



Bermula 30 April ini, peminat pakaian bundle akan berpeluang mendapatkan pelbagai pilihan pakaian terpakai menerusi penganjuran Bundle Expo yang bakal mendapat perhatian generasi muda.





Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial mereka di :