Terkini | New

Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia lancar projek kerjasama iGOLDAX -iMAS-sustNET

Majlis berbuka puasa bersama media dan sidang media bagi memperkenalkan Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia atau DEWI dan projek iGOLDAX -iMAS-sustNET telah diadakan bertempat di pejabat Ifintech Solutions Sdn Bhd.



Datin Ras Ali (Pengerusi Kehormat DEWI) bersama Dr Norsaidatul dan duta undangan DEWI, Dai Syed serta Raja Azrul turut hadir memperkenalkan projek kerjasama ini. Projek ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan hal digital,E wallet ,kepentingan menyimpan emas sebagai aset masa depan dan memanfaatkan teknologi terkini.



"Menerusi DEWI pelbagai projek bagi memperkasa para wanita Islam khususnya melalui Wanita Digital(WADI Tijara dan WADI Afiyah) akan diadakan dan DEWI turut menubuhkan Biro Dewi Remaja dimana ahli yang berumur bermula dari 15 hingga ke 18 tahun berpeluang mendapat pendedahan awal berkenaan perniagaan melalui DEWI." 

 




Tumpuan utama diberikan untuk memberikan peluang kepada usahawan wanita Islam terhadap perniagaan barang kemas dan perhiasan,kesedaran menyimpan emas dan teknologi digital.


Pelbagai latihan keusahawanan yang dipimpin para pakar bakal diadakan nanti bagi memperkasakan wanita Islam dengan ilmu dan kemahiran berkaitan projek ini. Datin Ras Ali mengharapkan para wanita Islam yang berminat sama-sama menyertai DEWI dan belajar pelbagai ilmu berkaitan perniagaan emas menerusi platform DEWI ini.

 



Menerusi projek iGOLDAX dan iMAS pula para peniaga boleh memanfaatkan hub produk perniagaan yang disediakan di sini disamping boleh berurusniaga untuk barangan kemas dan perhiasan menerusi platform digital ini.Hub ini terletak di Wisma Trax No 1 Jalan 5, off Jalan Chan Sow Lin 55200 Kuala Lumpur.








Bersempena dengan hari raya Aidilfitri nanti juga menerusi projek ini akan dikeluarkan duit raya digital yang boleh diberikan sewaktu musim Raya Aidilfitri nanti.

Duit raya digital ini sekaligus menyahut cabaran alam teknologi digital kontemporari dan mengikut arus perkembangan zaman. Orang ramai yang berminat menyertai projek ini juga boleh mendaftar melalui laman berikut:-


https://imasgold.com/app/register/XPXKDSXC