Terkini | New

Warna-Warni Hari Raya Aidilfitri 2021 Promosi Bersama Kraftangan Malaysia

𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗦𝗲𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 (𝗠𝗢𝗧𝗔𝗖) 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗞𝗿𝗮𝗳𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗷𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗺𝗼𝘀𝗶 𝗪𝗮𝗿𝗻𝗮-𝗪𝗮𝗿𝗻𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 (𝗪𝗪𝗔) 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝟭𝟱 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟭, 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶 𝗷𝗮𝗺 𝟭𝟬:𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟲:𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 (𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻 - 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀) 𝗱𝗮𝗻 𝟭𝟬:𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟬:𝟬𝟬 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 - 𝗔𝗵𝗮𝗱) 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗞𝗿𝗮𝗳 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿, 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗖𝗼𝗻𝗹𝗮𝘆.


Turut hadir merasmikan adalah Yang Berhomat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama pasukan kerja MOTAC, Jabatan dan Agensi di bawahnya.

Satu sidang media telah diadakan dan dihadiri oleh Yang Berhomat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama pasukan kerja MOTAC, Jabatan dan Agensi di bawahnya.

WWA 2021 merupakan program promosi anjuran Kraftangan Malaysia bertujuan memberi peluang kepada usahawan kraf memasarkan produk kraf yang digunakan dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfiri. 


Program yang telah dianjurkan semenjak 2003 ini menggunakan tema ‘Kraf Di Hati, Hari Raya Aidilfitri Dinanti’ yang menonjolkan kemeriahan sambutan melalui kreativiti dan idea-idea baharu sesuai dengan persiapan menyambut hari lebaran.


Promosi ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu usahawan ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19 dan merupakan promosi fizikal pertama dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 13 Januari 2021. 

Promosi ini menyasarkan 220 usahawan di mana 100 usahawan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, manakala 120 usahawan berada di lapan lokasi terpilih. Di samping itu, terdapat juga penyertaan usahawan bukan kraf yang menawarkan perkhidmatan dan produk Aidilfitri.


Pelaksanaan promosi WWA 2021 turut diadakan serentak di lapan lokasi pusat beli-belah terpilih di peringkat negeri seperti East Coast Mall di Pahang (13 usahawan), KTCC Mall di Terengganu (21 usahawan), AEON Mall Kuching di Sarawak (39 usahawan), AEON Mall Kinta City di Perak (3 usahawan), AEON Mall Nilai @ Seremban 2 di Negeri Sembilan (16 usahawan), MYDIN Mall Bertam di Pulau Pinang (6 usahawan), Freeport A’Famosa Outlet di Melaka (19 usahawan) dan One Utama Shopping Centre di Selangor (3 usahawan). Pengunjung WWA 2021 bakal menikmati harga diskaun menarik bagi barangan yang dijual.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang WWA 2021 dengan menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna sebagai persiapan menyambut Aidilfitri selain memupuk semangat cintakan produk kraf tempatan. 


Antara pengisian aktiviti adalah seperti jualan produk kraf dan produk perkhidmatan Hari Raya Aidilfitri, pameran, demonstrasi kraf, interaktif kraf, demonstrasi masakan dan kuih tradisional serta pelbagai pertandingan menarik lain. Antara pertandingan kreatif secara fizikal pula adalah seperti berikut:

✓ Mengikat Sampin dan Tanjak✓ Memasak Bubur Lambuk
✓ Mewarna Doodle Aidilfitri
✓ Kad Raya Kreatif
✓ Teka Tajuk Dan Sambung Lirik Lagu Raya
✓ Pesona Raya (Tatarias & Ikatan Tudung/ Selendang Raya)
✓ Semanis Aidilfitri (Dekorasi Meja Makan & Hiasan Balang Kuih Raya)
✓ Anyam Sampai Jadi (Anyaman kreatif ketupat raya)
✓ Si Cilik Bonda Beraya (Peragaan fesyen batik raya ibu dan anak) Rasa Rendang Raya
✓ Pertandingan secara dalam talian seperti Pertandingan Video Kreatif Raya TikTok, Pertandingan Foto dan Cabaran Video Dekorasi Kraf.

  

Sebagai langkah usaha mempromosi dan memasarkan produk kraf Aidilfitri dengan lebih meluas, orang ramai juga boleh mendapatkan produk kraf menerusi platform digital iaitu E-Kraf Bazar dan MYCRAFTSHOPPE.


Turut diadakan, Bazar Ramadan bagi menyediakan kemudahan ruang berbuka puasa kepada orang ramai yang berkunjung. Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.kraftangan.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini. 

Semua dijemput, masuk percuma. Kraf di hati, Hari Raya Aidilfitri dinanti.

wwwkraftangan.gov.my
www.mycraftshoppe.com
Facebook: kraftanganmalaysia
Instagram: kraftanganmalaysia
Twitter: @KRAFmalaysia

#kraftanganmalaysia #warnawarniaidilfitri2021 #WWA2021 #komplekskrafKL